06 Januari 2011

Teoh Beng Hock masih hidup?

01 Safar 1432H.
Oleh : Hafizi Pauzi.

PARIT BUNTAR, 6 Jan :- Koroner Azmil Muntapha Abas yang membacakan keputusan Mahkamah Koroner penghakiman terbuka berhubung inkues Teoh Beng Hock kelmarin tidak dapat memutuskan samada mendiang dibunuh atau membunuh diri
Walau bagaimanapun,

seperti yang telah dilapor, Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai, 2009, selepas beliau memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza itu.

Keputusan ini jarang sekali kita dengar di mana-mana mahkamah, Negara yang memiliki Jabatan Forensik dan Jabatan Siasatan Jenayah terulung gagal mencekup pembunuh malah suspek, dan kes ini berlaku di bangunan pentadbiran awam,” kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khali Idham Lim ketika ditemui di sini.

Tambahnya, kes tersebut bukannya berlaku di dalam hutan, seperti kes pembunuhan Sosilawati yang telah diketahui suspeknya, mengikut perkiraan logik akal, jenayah tersebut berlaku dalam ladang yang terpencil dan milik perseorangan, Sudah pasti amat sukar menemukan penjenayahnya.

Baginya adalah sesuatu yang sangat mudah untuk mengatakan sebab kematian TBH dan juga mudah untuk menjejak penjenayahnya. Namun timbul berbagai persoalan bila keputusan yang diumumkan menimbul persoalan dan tandatanya pelbagai pihak.

Menurutnya lagi yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, kes ini nampak tiada kesudahannya, Namun jalan penyelesaian terbaik adalah dengan menubuhkan Sururahjaya Siasatan Diraja bagi menjalankan siasatan yang telus terhadap kes TBH.

“Rakyat Malaysia khususnya pasti terkejut dengan keputusan yang dibaca oleh Koroner Azmil Muntapha Abas, mana boleh orang yang telah mati dengan kesan-kesan pada mayat yang boleh dikelas sebagai kes pembunuhan, ini amat meragukan, amat muslahil tiada suspek pembunuh,” jelasnya.

“Teoh Beng Hock tidak membunuh diri dan tidak dibunuh, adakah beliau masih hidup? mayat siapakah yang dicampak dari Pejabat SPRM ? mayat siapakah yg dikorek kembali untuk tujuan analisis forensik ? persoalan ini patut diajukan kepada Koroner Azmil Muntapha Abas,” katanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.w.w
Pendapat saya :-
1) Isu ini seolah-olah semua rakyat Malaysia ini bodoh, tidak sekolah dan tidak boleh berfikir.
2) Hari ini dah zaman teknologi maklumat dihujung jari, tapi hukum rimba(yakni siapa yang berkuasa, semuanya betul menurut selera dan nafsunya).
3) Kalau ikan dah busuk dikepala, manakan anggota lainnya tidak busuk.
4) Sebagaimana Dr. Asri beritahu, nilaian nyawa itu tidak boleh dibuat main-main kerana Al-Quran menyatakan "Kehilangan nyawa dibalas nyawa, mata dibalas mata, telinga dibalas telinga dsbnya. Namun pembunuhan tanpa hukuman dan balasan setimpal tidak berlaku di Malaysia apatahlagi disebut sebagai negara Islam. Bagaimana orang diluar Islam hendak menghormatinya. Pengaruh penjajah masih menular walhal negara penjajah itu sendiri sudah lama meninggalkan hukum rimba tersebut.
Fikir-fikirkan lah.....! Ws.
Alhamdulillah jazakumullahu khairoh.