9 Safar 1432H WFAUZDIN NS.
ARAK sememangnya haram di sisi Islam tanpa khilaf lagi. Bekerja secara langsung atau tidak selagi ianya bersangkut-paut dengan minuman haram ini, maka hukumnya tetap haram kepada mereka yang berugama Islam. Malang sekali, ramai juga orang-orang Islam yang bekerja atau mencari rezeki di kilang-kilang atau kedai arak.
Apabila membaca laporan di sini, amat mendukacitakan kerana kita yang memerintah di Selangor masih berbelah bahagi untuk melaksanakan undang-undang melarang umat Islam bekerja di kilang atau premis yang menjual arak. Apa ruginya Kerajaan Negeri Selangor sekiranya mewujudkan undang-undang yang ketat agar tiada lagi umat Islam yang mencari rezeki haram di situ.
Mengapa perlu ditanya siapakah yang boleh mendapatkan kerja untuk umat Islam yang diberhentikan kerja di Kilang arak? Bumi Allah ini luas, mereka boleh memilih kerjaya yang lain selain dari bergelumang dengan kencing Syaitan ini. Betapa ramai yang sanggup tidak bekerja atau sekadar menjadi `kuli' asalkan tidak terlibat dengan arak.
Oleh yang demikian, saya menyeru agar undang-undang atau peraturan melarang umat Islam bekerja di kilang/premis menjual arak dikuatkuasakan segera di selangor. Jika kita tidak mampu menghalang Kerajaan Pusat ditunjangi Umno daripada mengeluarkan lesen kilang arak, memadai dulu kita mewujudkan undang-undang melarang umat Islam bekerja di Kilang atau premis arak. Kesemua Kerajaan Negeri yang berada di bawah PR hendaklah bertindak segera agar minda dan akhlak semua umat Islam terpelihara.(sumber:wfauzdin.blogspot.com)

2 ulasan:
Sy sangat2 setuju dengan ini. Cara yang paling tepat demi menjaga nama baik islam. Seperti yang kita tahu, umat islamlah yang paling ramai bekerja di tempat2 ini.
Maka dengan cara menguatkuasakan larangan ini, kilang2 dan premis2 yang menjual arak ni akan bungkus sbb kekurangan pekerja. Maka dgn sendiri kilang2 ini akan di tutup.
Tanpa Nama 1/14/2011 2:32 PM,
Kalau umat Islam diharamkan dari mencari rezeki di premis Arak, yang rugi rata-ratanya orang Melayu dari kelas pendapatan rendah. Pemilik premis arak mungkin menghadapi kesusahan singkat apabila mereka terpaksa cari penganti pekerja Melayu ini. Bagi gaji tinggi sikit dan pasti ramai budak Cina dan India yang akan ganti pekerja Melayu ini. Mungkin kos pernuiagaan akan tambah sikit kerana pengharaman ini tetapi ada banyak cara untuk menandangi masalah ini. Saudara, kalau orang Islam mati-mati mahu hancurkan punca pendapatan kelas bawahan Melayu ini pastikan kamu ada kerja yang boleh menolong mereka. Jangan lupa wang gaji budak-budak ini juga di gunakan untuk isteri, suami, anak-anak dan ibubapa mereka.
Adakah kamu sekalian PASTI pengharaman ini TIDAK akan bawa kesengsaraan untuk kelurga mereka?
Catat Ulasan