14 Januari 2011

PJ PAS Perak Ucap tahniah kepada peguam.

9 Safar 1432H.

IPOH, 14 Jan.:-Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain mewakili PAS Perak, mengucapkan tahniah kepada kepada barisan peguam pas dan pimpinan serta ahli pas yang berjaya menyatakan kebenaran di mahkamah kerana memenangi kes atas tuduhan menghalang tugas penjawat awam.

Ucapan beliau merujuk kepada kes Hj Mohamed Sabu bersama Sembilan tertuduh yang lain iaitu Mohd Binyamin Ishak, 48, Fuadzi Suharat, 48, Md Lazim Osman, 54, Abdul Razak Ramili, 46, Mohd Subri Mohd Said, 46, Zamarul 'Aini Abdul Malik, 40, Zainul Azrun Zainal Abidin, 39, Abdul Rahim Mat Ariff, 62, dan Mohamad Salleh, 51.

Lima darinya adalah berasal dari perak termasuklah YDP Kawasan Gopeng,HJ. Abdul Rahim Mat Ariff.

Mahkamah majistret Jawi pada 4 januari lepas membebaskan ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohammed Sabu dan sembila yang lain daripada tuduhan menghalang ketenteraman awam dengan menghalang tugas penjawat awam.

Majistret Mohd Izaham Ali melepaskan Mohammed dan sembilan yang lain daripada tuduhan yang didakwa dilakukan pada 9 Disember 2007 di susur keluar Bukit Tambun di Lebuhraya Utara Selatan.

PAS Perak mengucapkan tahniah khususnya kepada peguam-peguam PAS, khususnya kepada Peguam Mohamad Hanipa Maidin, Peguam Aminuddin Zulikifli dan Peguam Yusnita Yusoff yang yang Berjaya mempertahankan hujah dan kebenaran bagi memastikan kemenangan berpihak kepada kebenaran.

Semoga dengan keputusan ini, kita terus meningkatkan komitmen dan istiqamah kita dalam memastikan perjuangan membela rakyat dalam mendapatkan keadilan diteruskan oleh kita semua

Semoga Allah SWT memberkati segala amal ibadah dan usaha kita dalam perjuangan ini.

1 ulasan:

huda alhadi berkata...

Tahniah juga kepada semua peguam dan mereka yang terlibat dengan misi pembelaan. Polis dan UMNO BN membuang duit kerajan kerana merasa hasil ma'sul rakyat kepunyaan mereka sebab itu mereka tak henti-henti bertindak di atas cara yang sama. Walahal sudah banyak kes telah diketepikan oleh Mahkamah dengan hujah yang jelas oleh mahkamah tetapi pihak yang "Anti Klimak" sentiasa membuang masa hakim khasnya pihak yang kena dakwa(pimpinan PR). Tujuan sebanar ialah untuk menakut-nakutkan yang lain.

Mereka tidak memahami pejuang yang tulin yang pernah memilih penjara (Pak Mat dan Dato' Mahfuz) dalam misi perjuangan mereka. Pejuang Islam tulin tidak pernah takut mati di atas keyakinan perjuangan adalah jihad fisabilillah dan kematian adalah syahid. Perjuangan dengan matlamat syahid sentiasa ditakuti oleh gulungan kuffar dan Tentera Amerika juga takut dengan orang ini sebab itu didakyahkan melalui orang tertentu bahawa tiada jihad dan 'syahid'di era kini.

Allah huakbar...!!...