16 Safar 1432H.
Oleh : WFAUZDIN NS.
TERBUKTI bahawa kerjasama di antara PAS dengan PKR dan DAP lebih baik malah lebih menguntungkan umat Islam. Contohnya dapat kita lihat di Selangor, walaupun yang memimpin Kerajaan Selangor adalah PKR, namun semua pandangan dari rakan PAS dan DAP diambil kira. Kerjasama ini tidak akan berlaku sekiranya PAS bersama Umno, MCA, MIC dan Gerakan kerana PAS cukup mempelajari sejarah lampau di mana Umno telah mengkhianati PAS.
Isu agama mungkin dikatakan sukar buat PAS bersama dengan PKR lebih-lebih lagi DAP, tetapi itu hanyalah jangkaan Umno dan itu jugalah harapan Umno agar PR tidak mampu bersatu. Tetapi kita telah buktikan sebaliknya.
Di dalam isu pekerja Islam di premis arak telah menjadi satu modal besar buat Umno untuk memecah belahkan PR di Selangor. Bantahan oleh Umno terhadap YB Ronnie Liu yang kununnya menentang larangan umat Islam bekerja di premis arak tidak memberi kesan apa-apa pun kerana rakyat Selangor tahu sikap Umno terhadap Islam selama ini.
Apabila kita membaca di sini, kita lihat isu ini dapat diselesaikan dengan penuh hikmah dan bijaksana. Itulah untungnya jika kita memilih kerajaan yang dipimpin oleh parti yang peka kepada rakyat.
Umno tidak akan terfikir bagaimana Kerajaan Negeri Selangor sanggup berhabis duit sebanyak RM 10 Juta semata-mata untuk menyediakan alternatif dan membantu pekerja-pekerja Islam yang berhenti kerja di premis arak untuk mencari kerja lain yang halal.
Wang tersebut juga akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan. Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain. Kerajaan Selangor tidak sayang untuk menghabiskan sejumlah wang tersebut asalkan rakyat Selangor tidak terpaksa mencari makan secara haram.
Apakah ini nanti akan dianggap satu tindakan populis oleh Najib? Adakah ini hanya taktik Kerajaan Negeri Selangor semata-mata? Pedulikan tuduhan jahat mereka, yang pasti sesiapa yang ingin memohon bantuan yang disediakan boleh terus ke Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Selama 50 tahun lebih Umno memegang kuasa di Pusat atau di beberapa Negeri, pernahkah Umno terfikir untuk melakukan seperti ini? Jawapannya tidak, bahkan Najib pernah bercita-cita untuk meluluskan lesen judi Bola Sepak Piala Dunia dan ingin mewujudkan Hub Hiburan di negara ini.
Justeru itu, tepat sekali keputusan PAS untuk terus bersama PR dan menolak Umno ke tepi. Seandainya PR menerajui Putrajaya, boleh kita bayangkan kerjasama dan persefahaman ini tentunya lebih baik dan menguntungkan rakyat.
Selepas ini Umno akan terus mencari isu untuk meruntuhkan kerjasama di dalam PR, tetapi kita percaya pemimpin kita lebih bijak dan cerdik dari pemimpin mereka walaupun pemimpin mereka mendapat bantuan khidmat nasihat dari Apco.

3 ulasan:
Baguslah tu kalau PAS dapat jadi seperti yang disebut diatas. Jangan pula sebab terlalu nak ambil hati DAP sampai termakan hati dan terlupa niat asal perjuangan PAS. Rasa-rasa perkataan " Membazir " tidak tepat kalau hentak diguna pakai di sini, sebabnya setahu saya maksud membazir ialah sebagai contoh menghabiskan masa tanpa faedah ( membazir masa ) atau membuang makanan yang boleh dimakan lagi ( membazir makanan ) dsb. Ini bukan membazir tapi adalah tanggungjawab dan amanah mengeluarkan mereka yang mungkin terlalu miskin, jahil, kesempitan hidup, tertekan, rasa tak mengapa atau lemah iman disebabkan kegagalan keluarga mendidik dan memberi ajaran agama yang secukup serta ruang dan peluang yang ditinggalkan oleh kerajaan sebelum ini. Mungkin itu antara faktor mereka berada disitu tanpa rasa bersalah.
Syabaaaas MB Selangor seorang pemimpin yang berjiwa rakyaat kalau boleh tutup kilang arak tu lagi baik. Takbir.....
Saya nak tanya orang UMNO. Contoh yang senang, jika anak kita nak cari pasangannya sebagai suami. Adakah kita pakai pilih semberono saja siapa bakal menantu kita tu, tak usul periksa sama ada dia penagih dadah, penyangak, pencuri, penjenayah atau sebagainya yang akan mengemudi kehidupan anak kita. Sanggupkah kita membiarkan anak kita sengsara dalam kehidupan dengan kita bersubahat anak kita, cucu kita makan dari hasil curi yang haram, penagih dadah yang tidak bertanggungjawab nafkah kepada keluarga dan kejahilan yang membawa anak kita, ccucu cicit kita kepada kehaancuran dunia akhirat.Serupa jugalah kalau kita nak pergi mengembara contohnya menggunakan bas yang kita sedia maklum pemandunya kaki mabuk, hisap dadah, syabu, rabun mata pada waktu malam, adakah kita bersedia tanggung risiko untuk menjadi penumpang menggadai nyawa untuk kemalangan. Sama juga kaedah mengangkat imam untuk solat, kita cari imam yang adil, bacaannya yang baik, baik akhlaknya, tidak fasik, berilmu dan sebagainya dan kalau salah dalam solatnya kena tegur mengikut peraturan yang diteapkan syara', kalau terus salah dilakukan kita kena mufarakah. Serupa juga bila memilih pemimpin, lebih luas sayaratnya maklumlah orang yang nak memandu kita ke akhirat bukan setakat duniawi. Kalau pemimpin yang diangkat tidak melaksanakan Islam dan menganjurkan maksiat selama2nya kita menanggung saham itu. Contohnya tidak berikhtiar untuk membebaskan orang Islam yang berkerja di kilang/premis arak, menjadi tukang layan peminum arak, meluluskan lesen judi untuk perlawanan sukan, hiburan melampau hingga melalaikan solat, bercampur gaul dengan bebas lelaki perempuan. Adakah pemimpin seperti ini kita nak lantik untuk memandu kita ke syurga, lebih2 lagi yang tergelincir akidahnya. Maka dari itu kita kena sedarkan diri kita sebelum maut menjelma. Hendakkan keuntungan sementara di dunia adakah kita sanggup menggadai akhirat selama2nya. Ingatlah...saudara-saudaraku.
Catat Ulasan