18 Rabiulawal 1432H. [MOD]-
Alhamdulillah,hanya selang beberapa hari TPM Muhyidin menyatakan
kegusarannya terhadap kebangkitan PAS di Sarawak,20 Feb 2011 menjadi
satu tarikh bersejarah pemantapan posisi PAS dalam landskap politik
Sarawak. Bertempat di Miri,lebih 500 penyokong PAS dengan lebih
separuh kehadirannya adalah penyokong PAS bukan Muslim,hadir dalam
program pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Sarawak.
Baik yang dari keturunan Penan,Kayan,Kenyah,Iban,Cina,Melanau dan Orang Ulu
serta lain -lain duduk semeja dalam sebuah dewan yang cukup indah bagi
emmbuktikan penerimaan pendudk Sarawak terhadap PAS.Program bermula
dengan persembahan Tarian Singa oleh Pasukan Tarian Singa DAP Miri.
Lebih menarik alunan bacaan Al-Quran diikuti Tafsir yang
diperdengarkan memberi satu suntikan semangat pada petugas PAS Miri
disamping diterima baik penjelasannya oleh penyokong Dewan Himpunan.
Program pelancaran disempurnakan gilang gemilang oleh YB Ustaz
Nasharudin Md Isa,Timbaalan Presiden PAS.
Dalam ucapannya ,beliau mengingatkan Regim Taib Mahmud bahawa kuasa rakyat mampu menumbangkan kekuatan mana-mana kerajaan didunia,ini dibuktikan kejatuhan Regim
Hosni Mubarak,yang kononnya berkuasa dan didalangi US,namun
kebangkitan rakyat yang tertindas tidak lagi dapat dibendung.
Iklim politik antara Taib dan Hosni ,yang mengaut keuntungan dan kekayaan
sedangkan rakyat hidup merempat di bumi Sarawak yang kaya dengan hasil
minyak,gas dan balak,menjadi petanda jelas akan kejatuhan Taib. Ucapan
Ustaz Nasha mendapat tepukan gemuruh dari hadirin dan menjadi pembakar
semangat petugas bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Miri dan
seluruh Sarawak dalam PR DUN akan datang seterusnya PRU 13 kelak.
Turut hadir ialah Presiden SNAP,Edwin Dundang,Dr Micahel Teo(PKR),Mdm
Eunice Lim (DAP) dan pimpinan PAS Negeri iaitu Haji Adam
Ahid,Pesuruhjaya PAS Sarawak ,abd eddy(Ketua Pemuda PAS) dan YDP PAS
Miri,Tuan Haji Jofri Jaraiee dan Encik Hu Pang Chow(Pengerusi DHPP
Pusat) dan Encik Yeo(DHPP Sarawak)
Oleh : PAS Miri

Tiada ulasan:
Catat Ulasan