18 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Seorang penarik kereta hampir putus tangan kirinya selepas ditetak dengan sebilah pedang di Kampung Tok Jiring di Kuala Terengganu semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K Manoharan berkata tangan mangsa ditetak pemilik sebuah kereta yang cuba ditarik dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang.
Beliau berkata dalam kejadian itu, penarik kereta yang berusia 48 tahun bersama empat lagi rakannya pergi ke rumah seorang pemilik kenderaan yang gagal membayar ansuran selama lima bulan.
"Berdasarkan laporan polis yang dibuat rakan mangsa, penarik kereta itu bersama seorang lagi rakannya menyerahkan surat kebenaran daripada pihak bank untuk menarik kereta tersebut kepada suspek.
"Namun sebaik sahaja membaca surat itu, suspek masuk ke dalam rumah sebelum keluar semula dengan membawa sebilah pedang dan terus menetak mangsa," katanya kepada pemberita hari ini.
Manoharan berkata mangsa yang cedera parah di tangan kirinya itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah dan dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan untuk menyabung bahagian tangan yang hampir putus itu.
Katanya suspek berusia 42 tahun yang berasal dari Besut telah datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kira-kira pukul 9 malam semalam membuat laporan dia diserang oleh penarik kereta tersebut.
Lelaki itu kini direman selama empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.
- Bernama

12 ulasan:
bagus jugak tu. Penarik kereta ni selalunya terdiri dari manusia berperangai setan. Tunjuk samseng. Saya sendiri pernah tengok bagaimana jiran sebelah disumpah dan dimaki hamun oleh penarik kereta. Dan kebanyakan penarik kereta ni jenis orang tak ada pelajaran.Kalau tarik cara baik rasanya orang tak kan marah. Saya puji tindakan orang yg menetak tu.
Biar penarik penarik kereta ni rasakan...dtg kul 4 lbih buat aper..bank nk tutup dh..saje jer dtg waktu tu...boleh pau lam rm5-8rat klu x nk keta d tarik aritu...bru sorang penarik kereta ni kena ngan tuan punya kereta dh bising..yg penarik kereta yg dh pau berpuluh2 org tu amacam lak....(pengalaman sendiri)
Kalau kreter tu daftar namer Melayu,penarik kereter bangser Melayu yg datang.Begitu juger dgn bangser2 lain.Memang ganaih..siap buat2 sembang dgn Polih lagi depan pemilik kereter.Dlm tiger empat org tu,ader yg buat2 baik tapi kener bayor rm 800,kononnyer demer kener bagi komisen pader 'hantu' demer.Biler selesai...pergi tojah buah snooker atau main masin judi.Biler tertembong dgn pemilik kereter,tersengeh2...Ini ler kejadian yg telah teman tempohi.
x semua penarik kete jahat dan x semua penarik kereta x berpelajaran ....camni la sedara .....kalau mampu pakai kete,x kan x mampu bayar kete.....kalau kete kena tarik apa nak buat.
1.minta surat bank(RO)
2.minta kad kuasa penarik yg di keluarkan oleh bank.
3.ikut penarik kereta pergi balai n stor
senang je kan.....yg boleh jadi gaduh tu....owner bt kacau....penarik kereta ckp elok2....owner yg lebih2.....da x bayar.....memang kena tarik.....bank pun ada hati perut....kalu x mampu bayar ....citer ngan bank elok2...ni bank call x angkat....salah sape skrg.....penarik kereta hanya menjalankan tugas....cari rezeki yg halal....
saya menyokong apa yg cik faizal ulas...bukankah dah menjadi tanggungjawab kita untuk membuat bayaran atas pinjaman loan kereta kita setiap bulan...lagipun perjanjian antara pihak peminjam dgn pihak bank adalah membayar sebulan sekali...selama beberapa tahun...bukannya 3 atau 4 bulan sekali baru buat bayaran...lagipun melalui pengalaman saya sendiri...saya tinggal di rumah flat dan pada satu hari,ada seorang penarik kereta bertanya kepada sy ttg tuan kereta yg parking di kawasan flat sy...rupa2 nya alamat dari surat peminjam langsung tak sama dgn tempat kereta yg nak ditarik...habis semua rumah ditanya...akhirnya jumpa juga dgn tuan kereta....ttp maki hamun yg dilemparkan tuan kereta kpd penarik kereta tersebut....adakah mereka patut dilayan seperti itu?mereka bukannya minta sedekah....mereka juga sama seperti kita semua...menjalankan tugas mencari rezeki utk keluarga.....
sy sokong sgt2 apa yg dikatakn oleh cik faizal.....jgn nk pndang hina pada si penarik kereta...dh rezeki diaorg mcm kt situ...cuba klu kna pda sedara yg x bernama...mcm mn???jgn nk slahkn @ nk tuduh org yg tarik kereta tu x berpelajaran.....klu diaorg pndai die org x akn wt kje ni..dh tntu pegi kje kt bank ke kt mna2 jbatan kerajaan...dh mmg tu rezeki dia org....yg x berpelajaran org yg trlalu pandai...sebab tu smp x byr kereta...tpi bila dh x byr n dh nk kna tarik mula la nk tegakkn benang yg basah....pas tu menyalak....dia org wt kje ni pn bknnye haram pn....halal jgk...jdi jgn la nk ckp kt penarik kereta ni bodoh ke ape ke....tgok pda diri kita sendiri dlu sblum kita nk ckp kt org....
Untuk makluman anda,nih kenderaan penarik kereta di melaka
MBD 6372 Kenari Merah - selalu berada di pulau gadong,cheng,klebang
MBC 5592 Waja Kuning - selalu berada di pulau gadong,bachang,klebang
WRT 3159 Myvi putih
MAB 3010 Kenari Hitam
sokong 100% kepada semua penarik kereta....kdng2 owner kter jd bingai...da tau tak mampu lg nak pakai kereta...sedar la skit mereka cuma jalankn kerja2 yg di amanahkn dari pihak bank...jd bkn salah mereka...owner patut salahkn diri sendiri sbb suka tangguh2kn bayar blnan, bila da nak kena tarik nak wat kecoh lak...sedar la sikit....
siannnn Mat B...mujur Bob kamp x g masa tu
sokong dgn ulasan faizal...... kalau tak reti bayar ansuran kereta , janganlah beli kereta. tak reti bayar tapi cakap besar. korang ingat bank tu bodoh ke? atau ingat bank bagi duit bapa korang ke? ansuran tak boleh bayar tapi boleh bawa awek gi disco cam mana? siapa cakap lepas tutup bank tak boleh tarik kereta? kalau dah ada RO boleh tarik sampai pkl 9pm tau.korang ingat keluarkan kereta lepas 5pm tak boleh tarik ke? sabtu ahad pun boleh tarik kalau dah ada RO dalam tangan. jangan cakap undang2 macam pandai sangat!!! orng yg cakap besar tu belum pernah kena kot???
hahahahahaha ///
gaduh2,,,
kalau kete awek atau mak bapak korang lak nak kena tarik comfrim korang x bagi punya betul tak...
mesti kaw team dgn geng2 repo...
pooraahhh
Catat Ulasan