18 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
SANAA: Ratusan pelajar mengadakan tunjuk perasaan yang memasuki hari kelapan di ibu negara, Sanaa semalam dengan polis dilaporkan menembak mati seorang penunjuk perasaan di selatan negara itu.
Di Sanaa, pelajar berkumpul di luar kampus universiti dengan melaungkan slogan mendesak Presiden Ali Abdullah Saleh, yang berkuasa selama 32 tahun supaya berundur. Kira-kira 100 penyokong Saleh berkumpul di sepanjang jalan dari kampung universiti dengan pasukan polis bersiap sedia untuk mengasingkan kumpulan itu bagi mengawal keadaan. Penyokong dan penentang kumpulan Saleh bertempur dengan polis sejak seminggu lalu di Sanaa dengan menggunakan senjata api, belantan dan batu.
Pada Satu, polis tidak menghalang penunjuk perasaan tetapi lima pelajar dilaporkan cedera selepas bertempur sesama sendiri.
Namun semalam, polis Yaman menembak seorang penunjuk perasaan di ibu negeri wilayah selatan di Aden.
Pasukan perubatan dan saksi berkata, jumlah korban akibat tunjuk perasaan kini meningkat kepada 11 orang sejak 13 Februari lalu.
Seorang penunjuk perasaan juga cedera selepas polis melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan di sekitar jalan di Bandar Sheikh Osman.
Sementara itu, Ahli Parlimen pembangkang Yaman berkata, mereka akan menyertai tunjuk perasaan di jalanan dan tidak akan mengadakan semula rundingan dengan pemerintah. - AFP .

Tiada ulasan:
Catat Ulasan