18 Februari 2011

Anggota TUDM maut dalam kemalangan

15 Rabiulawal 1432H [MOD]-
BESUT 18 Feb. – Seorang anggota wanita Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut manakala empat anaknya parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas dalam kemalangan di Kampung Nyiur Tujuh dekat sini petang semalam.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 5.30 petang ketika mangsa, Zubaidah Shamsudin yang bertugas di Pangkalan TUDM Gong Kedak di sini memandu kereta jenis Proton Iswara bersama empat orang anaknya dari arah Jerteh menghala ke Kampung Raja. – Bernama

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AlFatiha...
Hari ini juga kontrektor dengan TUDM tipu Bank dalam UTUSAN MELayu. Aduhai... TUDM lagi macam mana nak pertahankan ruang angkasa! Mesti ada apa apa tu!

Tanpa Nama berkata...

Terkini, anak sulungnya juga telah menghembuskan nafas yang terakhir. Anak-anak yang lain masih kritikal... Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah...