18 Februari 2011

Mesir: Perak perlu ikut Perlis


15 Rabiulawal 1432H [MOD]-
KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat Kerajaan Pusat atau kerajaan negeri masih berdiam diri terhadap jaminan bagi pelajar-pelajar untuk menamatkan pengajian di Mesir.

Ketuanya, Zawawi Hassan berkata, walaupun kemelut yang melanda Mesir kini sudah hampir selesai, namun wujud kebimbangan di kalangan ibu bapa yang belum mendapat maklum balas daripada kerajaan berhubung kos yang akan ditanggung oleh pelajar yang ingin menyambung pengajian kelak.

“DPPN Pk berharap, pihak Kerajaan Negeri Perak perlu mengikut langkah Kerajaan Negeri Perlis yang akan menanggung kos pemergian semula pelajar anak Perlis nanti,” katanya kepada Harakahdaily.

DPPN Pk, ujarnya berharap Perak juga akan memberikan jaminan bahawa kos tambang pemergian semua pelajar anak negeri ke Mesir akan ditanggung oleh kerajaan negeri.

Menurutnya, jika ada jaminan daripada kerajaan negeri nanti, barulah semua ibu bapa akan merasa lega dengan komitmen tersebut.

Pihaknya menunggu langkah yang bakal diambil oleh kerajaan negeri untuk membuat pengumuman yang sama seperti Perlis.

“Dan diharap dalam masa yang sama, kerajaan negeri perlu mendesak Kerajaan Pusat juga memikirkan kos pemergian kembali pelajar yang akan menyambung pengajian mereka semula,” ujarnya.(HDaily)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan Perak boleh meneruskan pembohongan tentang bantuan pelajaran kepada anak perak.Wang bantuan kepada baitulmal pun belum dapat walaupun sudah melepasi tahun, dah janji pulak ribu-ribu.