18 Februari 2011

Kempen BN di Merlimau guna wanita ?

15 Rabiulawal 1432H [MOD] -
BN guna strategi lawat rumah raih sokongan pengundi Merlimau. Strategi Terdesak BN di Merlimau. Baca dibawah.


JASIN - Barisan Nasional akan menggunakan strategi melawat rumah ke rumah untuk menarik pengundi pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau pada 6 Mac ini.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata, strategi itu perlu digunakan oleh pemimpin yang hadir membantu kempen BN pada pilihan raya kecil itu.

"Saya syorkan pemimpin yang datang sini, malam boleh ceramah tetapi petang-petang datang melawat rumah ke rumah," katanya kepada pemberita pada Majlis Dialog BN Bersama Pesara Kerajaan di Kampung Pulai, Serkam di sini, hari ini.

Ahmad berkata, strategi itu juga berkesan untuk menarik sokongan pengundi "atas pagar".

Mengenai kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar semalam bahawa parti itu bertanding di Merlimau kali ini hanya untuk mengurangkan majoriti undi dan sebagai latihan, Ahmad berkata, kenyataan itu menunjukkan Pas sudah mengaku tidak boleh menang.

"Kalau mereka sudah rasa tidak boleh menang, saya ingin merayu kepada penduduk Merlimau jangan undi Pas. Untuk apa kita bagi undi pada orang yang tidak boleh menang, bukankah kita bazirkan undi kita," katanya.

Kerusi Merlimau kosong selepas penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN, meninggal dunia pada 20 Januari lalu akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Febuari ini sebagai tarikh penamaan calon dan pengundian pada 6 Mac.(SH)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebagai orang Melaka dan berdekatan dengan DUN Merlimau, kebanyakan pengundi di negeri ini mereka pilih parti bukan calon, iaitu asalkan dacing mesti beri undi. Jadi para pemimpin PR yang akan berkempen di sini perlu memikirkan cara yang sesuai dan berkesan agar wakil PR (PAS) dapat merebut kerusi yang belum pernah bertukar tangan. Ayuh lahirkan anak sulung dari PR/PAS di DUN Melaka. Takbir....