15 Rabiulawal 1432H [MOD]-
KUALA TERENGGANU - Hanya tinggal kira-kira dua puluh peratus bukan Islam yang masih tidak menyokong PAS dan Pakatan Rakyat, selebihnya sudah mula mempelajari Islam yang dibawa PAS.
Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Kuala Terengganu berkata, Umno kini sudah menjadi 'ekstremis' berbanding dengan PAS yang dilihat sebagai 'moderate' dikalangan orang bukan Islam.
"Kita nampak Umno tidak ikut apa yang ada dalam Islam, kezaliman tidak ada dalam Islam, rasuah tidak ada dalam Islam,'penyangak' tidak ada dalam Islam,
"Umno sudah jadi sebaliknya, Umno sudah menjadi 'ekstremis' dan PAS sudah menjadi moderat, 20% (bukan Islam) masih terkonkong pemikirannya bersama Umno-BN, 80% sedang mempelajarai (Islam) tetapi dia tak nak BN,
"Bagi kita (bukan Islam) kita nak Islam, satu cara untuk Islam didirikan hanya cara PAS kerana itu PAS mesti ganti Umno, "jelasnya ketika bercakap kepada media, Rabu 16 Februari.
Beliau berkata, Umno-BN yang telah memerintah negara Malaysia tidak dapat memberikan keadilan, namun sebelum ini, bukan Islam dan bukan Melayu tidak ada 'platform' (saluran) untuk menyuarakan hasrat mereka.
"Sekarang sudah ada Pakatan Rakyat dan PAS di Terengganu, sudah tiba masnya kita betul-betul (berubah), kita bukan mahu mendengar apa orang kata,
"kita rujuk kepada Islam dan apa yang kita tahu, apa yang Umno lakukan memperlekehkan Islam,"ujarnya.
Menurutnya Umno akan menggunakan pelbagai taktik kotor, umpamanya memutarbelitkan dan mengelirukan masyarakat bukan Islam dengan hukum Hudud. Bagi Dr. Bala, hukum Hudud adalah pilihan kepada orang Islam itu sendiri.
"hukum Hudud, bagi kita, pilihan kita, kalau kita jahat, kita kenalah (hukuman), dan orang yang takutkan hukum hudud ialah orang Umno,
"dia orang memang takutkan hukum hudud sebab dia otrang yang 'penyangak' dia orang yang rasuah,"katanya. BO

2 ulasan:
Alhamdulillah dan syabas Dr Bala dan DHPP, kerana anda mahu mempelajari dan memahami tuntutan islam. Biarlah umno/bn tak mahu pada islam, kerana golongan ini telah dimatikan hati ,telah dibutakan mata dan telah dipekakkan telinga mereka, samada diberitahu atau tidak mereka tetap membenci islam. Mereka tidak dapat melihat kebenaran dan kedilan mungkin kerana terlalu banyak memakan makanan yang diharamkan oleh Allah swt.
Orang Islam mesti mengambil peluang menjelaskan sebaik-baiknya tentang kebaikan Islam dan keadilan pemerintahan Islam kepada ahli zimmi (orang bukan Islam) ini. Bahawa mereka mempunyai hak yang sama dengan orang Islam dalam pemerintahan Islam bahkan dalam hal-hal tertentu mereka mempunyai hak yang melebihi orang Islam itu sendiri. Sebagai contohnya dalam hal yang berkaitan sesuatu yang dibenarkan dalam agama mereka tetapi tidak dalam agama Islam atau hukumnya haram pada Islam, tetapi kalau ada orang islam yang telah merosakkan harta atau sesuatu tersebut tadi maka orang Islam itu mesti dihukum dan dikenakan bayaran gantirugi kepada org bukan Islam tadi, sebaliknya apabila org Islam yang menjalankan sesuatu perkara yang haram disisi agama mereka apabila dirosakkan ia tidak didenda atau gantirugi.
Catat Ulasan