05 Rabiul Awal 1432 H.
Oleh : Hafizi Pauzi.
IPOH, 8 Feb : Malaysia sedang diterajui oleh kerajaan yang menganggap diri mereka adalah golongan elit dan hanya mereka sahaja yang pandai memerintah . Sifat ini hanya layak berlaku di Negara yang tidak bertamadun. Demikian penegasan oleh ADUN Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim
“Realiti sebenarnya BNlah yang tidak pandai tadbir negara. Dan Rakyat perlu bertindak dari sekarang bagi menyebar berita mengenai keadaan semasa negara yang sedang menuju ke arah kemusnahan, berbagai isu penindasan terhadap rakyat telah dilakukan oleh BN terhadap rakyat, namun kesedaran tersebut masih belum mendominasi keadaan,” katanya ketika ditemui di sini.
Jelas Khalil, berdasarkan Laporan sebuah Yayasan untuk Kebebasan yang telah membuat kajian dalam soal melindungi hak asasi manusia, Malaysia terus teruk yang mana ia telah jatuh menjunam daripada 5 mata pada 2009 kepada 1.72 mata pada 2010.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak menambah, berdasarkan laporan, kebebasan mahkamah masih kuat dipengaruhi kerajaan melalui badan eskekutif dan ini tidak selari dengan slogan BN “rakyat didahulukan” seperti diperkenal oleh PM Malaysia.
Rakyat telah menyaksikan betapa tidak adilnya Malaysia dari segi amalan undang sivil melalui mahkamah di Negara ini dalam kes-kes serta pertuduhan yang berlaku dalam kalangan pemimpin BN.
"Apabila ada tuduhan dilemparkan ke atas Perdana Menteri Najib Razak dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim dan juga ke atas Ketua Menteri Sarawak ,Taib Mahmud, pihak berwajib seperti SPRM lambat bertindak," soalnya.
Menurutnya lagi, di Malaysia dalam masa yang sama, jika terdapat sebarang pertuduhan yang membabitkan rakyat, SPRM mahupun mana-mana pihak yang terlibat amat pantas melaksanakan siasatan terperinci terhadap tertuduh.
“Hak asasi rakyat Malaysia terus dibelasah oleh BN dengan sewenang-wenangnya, perkembangan ini tidak boleh terus berlaku, rakyat perlu buat sesuatu untuk tukar mereka (BN),” katanya.
Jelas Khalil, kedaulatan undang-undang kini sedang dilanyak oleh BN, pihak yang menjadi mangsa ialah rakyat, segala saman, kompaun, serba segi yang melibatkan denda kesalahan akan dirasai oleh rakyat dikeluarkan tanpa belas ihsan kerajaan terhadap rakyat, “benarlah rakyat didahulukan”, tempelaknya.
Dalam pada itu, beliau juga mengkritik tindakan Kementerian Pelajaran yang memansuh bantuan RMT di sekolah seluruh Malaysia sambil menyifatkan ia adalah satu lagi detik sedih bagi golongan yang kesempitan kewangan.
“Sudahlah hak rakyat tidak dihormati, nafi pula hak mereka yang miskin untuk makan, pemimpin PR dan rakyat tidak boleh hanya menunggu dan melihat sahaja isu ini , gerakkan tenaga untuk mencetus kesedaran kepada orang yang paling hampir dengan kita,” jelasnya ketika menutup sesi temubual

1 ulasan:
Salam, saya selalu juga ikuti komen dr YB yang saya baca nampak macam YB ni org yang terlalu perfect semuanya kalau YB buat atau tulis mesti YB yang seolah-olahnya 'the perfect man'. Sekiranya pihak kerajaan buat semuanya tak betul ..hanya YB dan PAS sahaja la yang perfect selama ni ...saya tak memihak kepada parti mana ...bagi saya semua parti ada kesilapan juga ...sekian ...(jpng)
Catat Ulasan