05 Rabiul Awal 1432 H.
Oleh : Hafizi Pauzi.
IPOH, 8 Feb : Drs. Khalil Idham Lim, Ketua Penerangan PAS Perak menegaskan PR menolak sekeras-kerasnya terhadap sebarang bentuk pembaziran wang Negara, lebih-lebih lagi pembaziran berlaku pada waktu Negara berada dalam situasi memerlukan wang yang lebih untuk kebajikan rakyat.
“Saya rasa pelajar sekolah rendah pun tahu membanding harga sebelum membeli barang, pemimpin Malaysia sudah buta hati dan tak pandaio metametik untuk fikir cara belanja berhemah, akibatnya wang rakyat dibazirkan,” kata YB Khalil ketika ditemui di sini.
Tambahnya, Kementerian Pertahanan dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, harga tersebut adalah 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama sebagaimana yang disebut ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.
Malaysia juga sedang berada dalam keadaan bahaya dengan tindakan Najib Razak membiarkan isterinya menginap di hotel dengan bayaran menginap di sebuah bilik mewah (suite) yang harganya mencecah UDS35,000 atau menyamai RM106,000 semalam dalam satu sesi lawatannya ke luar Negara baru-baru ini.
“Beliau (Rosmah) menyatakan bahawa lawatannya adalah mewakili rakyat walhal tindakan ini langsung tidak selari dengan hasratnya konon mahu mewakili hak rakyat Malaysia,” tempelaknya.
Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, pembaziran seperti ini tidak dapat diterima, harga minyak RON 97 sahaja sudah 4 kali dinaik secara sesuka hati oleh BN tanpa ada kawalan, rakyat terus dihimpit dengan kesan kenaikan harga minyak terhadap barangan lain.
“Adakah Najib mahu melihat rakyat bangkit seperti mana di Tunisia dam Mesir, patutnya BN ambil pengajaran dari Rakan sejawatnya dari Tunisia diguling oleh rakyat,” jelasnya.
Dalam pada itu, Khalil menempelak respon PM terhadap situasi mesir baru-baru ini dengan mengeluar kenyataan bahawa kerajaan sentiasa menjaga kemahuan rakyat kerana telah timbul rasa khuatir BN rakyat bangkit kerana ditindas oleh pemerintah.
“BN hakikatnya tidak ambil pengajaran, mereka terus menipu rakyat dengan fakta-fakta palsu bagi mempamer imej bersih serta adil BN terhadap rakyat Malaysia,” tambahnya.
Beliau juga mengingatkan terhadap rakyat Malaysia betapa perlunya kerajaan yang telah leka memerintah selama 53 tahun ini ditukar dengan kadar segera sambil menyatakan PRU 13 lah medan terbaik rakyat untuk melakukan perubahan ke arah Malaysia yang selamat.

2 ulasan:
Mohon cek balik ulasan Tony Phua tu...semua harga harag yang disebut adalah harga lama, malah disebut sendiri dalam ulasan itu, LCS untuk US Navy adalah harga tahun 2004...
Ini adalah merupakan kementerian yang paling boros dalam membelanjakan duit rakyat... dikatakan kebanyakan pembeliannya adalah secara rundingan terus.... atas alasan Military Specification...sedangkan alat yang dibeli adalah peralatan secondhand...atau peralatan yang mempunyai kemampuan yang jauh lebih rendah jika dibanding peralatan yang sama dinegara lain (malah di negara jiran). Bekas-bekas pegawai tentera menjadi ajen/kontraktor tempatan yang menaja peralatan serta mempunyai hubungan dengan pegawai tinggi (malah pejabat Menteri dan PM)yang masih bertugas.... Duit rakyat menjadi mangsa.... Peralatan "below spec" dengan harga tinggi bagi pembelian atau baikpulihnya.
Catat Ulasan