9 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Ucapan tahniah kepada rakyat Mesir yang tidak berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari sehingga menumbangkan Presiden Hosni Mubarak mula mencurah.
Di Malaysia, antara yang terawal berbuat demikian adalah pemimpin Pakatan Rakyat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi blognya berkata rakyat Mesir berjaya memastikan Hosni Mubarak, seorang diktator yang memerintah selama 30 tahun, berundur dari tampuk pemerintahan.
“Rakyat Mesir akhirnya berjaya meruntuhkan tembok ketakutan yang selama ini mengepung mereka.
“Dihimpit kesusahan akibat kos sara hidup yang semakin melonjak, kadar pengangguran yang tinggi dan mual dengan keganasan pihak keselamatan, rakyat Mesir memilih untuk berdepan dengan aparat pemerintah yang terkenal memerintah secara kuku besi,” tulis Anwar.
Katanya, beliau berharap pengorbanan rakyat Mesir itu tidak akan disia-siakan begitu sahaja.
Pilihanraya telus, adil
“Kebangkitan ini sewajarnya disusuli dengan usaha memulihkan Perlembagaan, sistem keadilan serta pilihanraya yang adil dan telus.
“Majlis Tertinggi Tentera yang kini mengambil alih kuasa dari Mubarak sewajarnya segera mengembalikan kuasa kepada rakyat,” akhiri ucapan tahniahnya itu.
PAS juga tidak terkecuali memuji keberanian rakyat Mesir untuk memaksa Hosni Mubarak berundur.
"Tahniah rakyat Mesir, 18 hari tak berganjak akhirnya Hosni Mubarak meletakkan jawatan, berakhirnya rejim Umno Mesir," kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di laman Twitter.
Sementara itu, lidah rasmi PAS, Harakahdaily melaporkan ketua pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata anak muda melahirkan rasa syukur dengan kejatuhan regim Mubarak itu.
Menular seluruh dunia
Beliau mengharapkan kebangkitan rakyat menentang kezaliman menular ke seluruh dunia.
TV Selangor pula menyiarkan pandangan yang hampir senada daripada ketua pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.
"Tahniah Rakyat Mesir. Tahrir Square menjadi saksi kejatuhan Hosni pemimpin yang korup dan menindas. Di Malaysia juga ada, Merdeka Square," kata Shamsul Iskandar.
Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula berharap tentera yang mengambil alih kuasa tidak mengkhianati amanat rakyat dan membebaskan rakyat Mesir daripada dibelenggu pemerintahan yang zalim
Namun, menurutnya pengaruh Amerika ke atas tentera Mesir masih kuat.
Beliau mempersoalkan adakah pihak tentera akan membebaskan rakyat Mesir dan dibenar memilih pemimpin mereka atau terus dibelenggu demi Israel.
"Takbir! Mubarak dijatuhkan kuasa rakyat," katanya.
Turut menyambut kemenangan gerakan pro-demokrasi Mesir, yang dianggotai pelbagai golongan, termasuk belia, mahasiswa dan pensyarah adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.
Iktibar bagi BN
Katanya, sebagai warga dunia yang mencintai kebenaran, keadilan, keamanan sejagat, pihaknya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah.
“Kita yakin dan berdoa rakyat Mesir akan dapat menubuhkan kerajaan yang benar-benar demokratik, bebas daripada pengaruh kuasa besar dan mengamalkan politik baru yang berasaskan pemikiran progresif demi kemajuan dan kesejahteraan semua rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media.
Saifuddin yang juga ahli majlis tertinggi Umno berkata kejatuhan Mubarak harus memberi iktibar kepada BN.
“Ini contoh 'kalau kita tidak berubah, kita akan rebah', seperti yang selalu diingatkan oleh (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak. Justeru, saya menyeru semua ahli BN supaya bersungguh-sungguh dan bersegera dalam mendokong sepenuhnya transformasi politik yang telah dimulakan oleh Najib,” katanya.
Lewat malam semalam, naib presiden Mesir, Omar Suleiman dalam siaran televisyen negara itu mengumumkan Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada desakan jutaan rakyatnya dengan meletakkan jawatan.
“Mengambil kira ketegangan yang berlaku, presiden mengambil keputusan meletak jawatannya sebagai presiden dan Majlis Tertinggi Tentera akan mengambilalih pentadbiran negara,” kata Omar.
Jutaan rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tharir dan yang mengadakan tunjuk perasaan di seluruh negara bersorak dan menari kegembiraan sebaik Omar membuat pengumuman tersebut.
Mubarak, 82, yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah.- mkini

5 ulasan:
Itu kat Mesir bole le, tapi kat Malaysia ni mane bole. Tapi kalu tahan kena pembelasah dari belanta si FRU tu bole juge agaknya.
Kat Malaysia nya pehak yang memepertahan kan nya semua nya dah diberi makan kenyang2 sampai perut boncet nak meletup.
Kepada HOSNI MemBERAK..carbon copy..yg ada kat Malaysia nih..jgn lah nak longgok HARTA kat luar negara..dunia nih kecik ajer..kat kutub utara pun orang boleh cari..30 tahun pun tak lama..anak cucu cicit orang yang kena aniaya..akan cari lu sampai liang kubur..
Lebih kurang 25 tahun dahulu saya pernah mendengar seorang Melayu memaki UMNO kerana katanya Malaya yang beru merdeka mengiktiraf kewujudan Israil sebagai negara merdeka (yang dirampas daripada tanah orang Palestin).
Saya mencari link unutk menguatkan hujjah saya , inilah link yang saya temui ditulis dalam Bahasa Inggeris :
http://cursingmalay.blogspot.com/2010/12/hubungan-malaysia-dan-israel-dari-abdul.html
Antaranya menyebut :
The first Israeli-Malayan political contact came when Moshe Sharett visited Kuala Lumpur in 1956 as part of his trip to Asia. Sharett had been Israel's first foreign minister and also prime minister for a time, and he toured Asia under the sponsorship of the Foreign Ministry. "The Tunku" (Abdul Rahman's princely title) was then chief minister and was expected to serve as prime minister after the granting of independence, which was scheduled for the following year.
Sharett met with the Tunku on 14 October 1956. Sharett suggested that an Israeli consul be appointed in Kuala Lumpur and, after independence, be elevated to ambassadorial level. According to Sharett, the Tunku's response was "favorable without hesitation" and he said he "welcomes the proposal with pleasure." The Tunku also said, however, that the idea had to be approved by the British Foreign Office, which was responsible for foreign relations until independence. Before their parting, the Tunku reiterated his own approval and said, "It will be considered an honor for us to have a diplomatic representative from Israel."
Only on 13 February 1957 did the Asian and African Division of the Israeli Foreign Ministry instruct Israel's ambassador in London to approach the British Foreign Office for approval to open a consulate in Malaya. When the British asked the Malays about it, they did not reply promptly but apparently were negatively inclined.
On 13 August, the British Foreign Office advised the Israeli ambassador to wait until Malaya's independence on 31 August and directly ask the new government. On 26 August, Prime Minister David Ben-Gurion sent a congratulatory letter to the Tunku and told him Israel was ready to establish "appropriate representation" in Kuala Lumpur. Israel also voted to accept Malaya in the United Nations. On 23 December, a member of Malaya's UN delegation told a member of the Israeli delegation that Malaya recognized Israel but had no intention of establishing diplomatic ties with it.
bukan utk BN sahaja, malah utk kerajaan PR juga, diharap PR sentiasa peka dgn permasalahan rakyat utk membuktikan kerajaan PR mampu mengambil alih Putrajaya
Saya sentiasa teringat satu kaedah disebut dalam al-Qur’an …”min haithu laa yahtasib” = dari mana yang kamu tidak sangka-sangka.
Perkara yang tidak disangka-sangka boleh terjadi dengan kehendak dan hikmah Allah. Manusia tidak boleh mendakwa bahawa dia bijak mengatur dan system yang dia pakai akan kekal selama-lamanya. Tapi Allah lebih bijaksana yang Dia boleh menghapuskan manusia yang angkuh dan derhaka dengan cara tidak terpikir oleh manusia.
Contohnya ialah kisah Abrahah dengan bala-tenteranya yang besar dan hebat , termasuk memakai gajah-gajah yang besar untuk meruntuh Ka’abah dan menakutkan orang Arab. Akhirnya Abrahah dikalahkan oleh burung-burung kecil yang dia tidak sangka perkara itu boleh terjadi.
Manusia merancang , tapi Allah yang menentukan. Tiada yang mustahil bagi Allah. Sekiranya satu-satu kerajaan runtuh , itu terjadi mengikut kaedah ….”min haithu laa yahtasib” …
FRU Malaysia ..Amerika …Israel …Hosni Mubarak ..akhirnya akan terhapus ..yakinlah !!!
Catat Ulasan