KAHERAH: Seorang pegawai kerajaan Mesir berkata Presiden Hosni Mubarak kini berada di Sharm el-Sheikh, 402 kilometer dari Kaherah di mana penunjuk perasaan memenuhi dataran dan berarak ke Istana Presiden serta bangunan stesen televisyen.
Pegawai terbabit berkata, Mubarak tiba di lapangan terbang Sharm dan disambut gabenornya.
Semalam, Mubarak menyerahkan sebahagian besar kuasanya kepada Naib Presiden, Omar Suleiman, sekali gus menolak tuntutan ratusan ribu penunjuk perasaan supaya beliau berundur serta merta. Mubarak sering berkunjung ke Sharm di mana beliau mempunyai sebuah istana. - AP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan