22 Februari 2011

Muammar Gaddafi nafi lari ke Venezuela

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
TRIPOLI, 22 Feb — Pemimpin Libya Kol Muammar Gaddafi muncul di stesen TV kerajaan hari ini (awal pagi waktu Malaysia) dengan memperlihatkan pendirian tegasnya di sebalik kebangkitan rakyat terhadap kepimpinan beliau berusia lebih empat dekad.

Beliau mengetepikan laporan-laporan bahawa telah meninggalkan negaranya sambil berkata, ia satu “khabar angin fitnah” yang disebarkan oleh “saluran-saluran yang dibenci.”

“Saya masih di Tripoli dan bukan di Venezuela,” kata Muammar dalam ucapannya disiarkan stesen TV kerajaan.

Setiausaha Luar Britain William Hague berkata beliau ada melihat maklumat yang mengatakan Muammar sedang dalam perjalanan ke Caracas.

Terdahulu, Jawatankuasa Am Pertahanan berkata pasukan pertahanan akan membersihkan Libya daripada elemen-elemen antikerajaan.

Tiada ulasan: