22 Februari 2011

Temui Blogger Cina Islam di Parit pada 24 Feb. ini

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Blogger CinaIslam yang juga Adun Titi Serong, Parit Buntar, Perak, Drs Khalil Idham Lim dan Ketua Cabang KeADILan Rembau, Negeri Sembilan, Cikgu Badrul Hisham Shaarin atau Cikgu Bard akan menemui pengundi Parlimen Parit, Khamis 24 Februari 2011 ini.


Ketua Penerangan PAS Parit, Rafaei Kasini Bahari, memberitahu Sanggahtoksago.Com sebentar tadi, program ceramah umum ini akan diadakan di Markaz PAS Cawangan Teluk Bedayung, Lambor Kanan jam 9.30 malam. Turut berceramah Exco Muslimat PAS Pusat, Dr. Najihahtul Soleh Ahmad. Orang ramai dijemput hadir.

Tiada ulasan: