22 Mac 2011

Kenapa dedah video hari Dun Sarawak bubar

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Pakatan Rakyat tidak menolak pendedahan video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang semalam merupakan konspirasi jahat pihak tertentu untuk kepentingan politik.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ianya memandangkan video itu ditimbulkan pada hari yang sama dengan pembubaran Dun Sarawak.

"Rakaman (video seks) timbul pada hari yang sama dengan Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan menunjukkan ada kepentingan politik tertentu.

"Pakatan Rakyat menggesa rakyat bersatu untuk menolak taktik kotor ini dan menentang usaha pihak tertentu yang menggunakan video lucah untuk menjatuhkan lawan," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang, bangunan Parlimen hari ini.

Beliau juga berharap rakyat khususnya umat Islam tidak cepat percaya dengan fitnah sedemikian.

Menganggap rakaman video itu sebagai drama, bahan rakaman seperti yang ditunjukkan kepada media tertentu itu tidak boleh dijadikan bukti untuk mendakwa seseorang.

"Dalam Islam ditekan jika menerima sebarang berita, hendaklah diselidiki dahulu berita itu.

"Sekadar rakaman video tidak boleh dijadikan bahan bukti. Kena hadirkan empat orang saksi, siapa jurukameranya.

"Di mana video itu ditayangkan? Di hotel. Jadi itu hanya drama," katanya.

Sementara itu, Anwar ketika menjawab pertanyaan wartawan samaada beliau akan bersumpah bahawa beliau bukan individu dalam video itu atau tidak,beliau berkata hanya mahkamah yang berhak menentukannya.

"Soal sumpah itu,mahkamah yang tentukan," jawabnya.

Turut bersama pada sidang media itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, Ketua AMK dan beberapa pimpinan lain.

Harakahdaily/-

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berapa jeliknya pemimpin umno dengan lumrah mereka dikelilingi rasuah, harta, tahta dan wanita. Jadi buat fitnah pun dengan benda-benda tu jugak. Sedarlah masyarakat malaysia betapa buruknya tabiat pemimpin umno - itu yang biasa bagi mereka maka itu sajalah modal BODOH mereka. Agaknya pengarah filem mana pulak yang terlibat dengan pembikinan video tu kali ni? Sudah-sudah le tu umno oi.... orang ramai dah menyampah dan meluat dengan tindak tanduk dan perbuatan kamu semua.....

Tanpa Nama berkata...

Untuk makluman saya adalah penyokong BN. Dengan ini hari saya mengistiharkan bahawa saya tidak akan menyokong BN lagi dan tidak akan mengundi BN pada bila-bila masa ketika pilihanraya. Betapa muaknya saya dengan politik kotor Umno ini. Keterlaluan!!... Muak!!...Muak!!...

karim berkata...

Saya adalah penyokong BN. Dengan ini hari ini saya mengistiharkan tidak lagi menyokong BN dan tidak akan mengundi BN bila-bila masa diadakan pilihanraya. Dengan Video lucah yg kononnya melibatkan DSAI maka telah membuka mata dan fikiran saya...rupanya beginilah Umno, sampai begini sekali tabiat politiknya, jijik, muak, keterlaluan. Porrrrah BN... MUAK!!!.... MEMALUKAN!!!... Ahli Umno yg ada maruah diri, ayuh jangan undi Umno. Fikirlah!!...MUAK tau...fikir akalpun tak logik itu adalah Anuar, sejak bila Anuar pernah buncit perut, tiba-tiba pula dlm video tu buncit perut. Jelas sangat ini FITNAH... MUAK!!!...

Tanpa Nama berkata...

kawan saya yang dulu berfikiran 50/50 % kpd kes liwat walaupun saya sentiasa menyatakan hal itu tidak masuk akal.

Kini dengan muncul video itu maka kawan saya itu sudah faham.semua nya 99 % persembahan lawak .

Tanpa Nama berkata...

MALAYSIA BOLEH!!!

Qaseh Bonda berkata...

Betapa rapuhnya pemikiran pemimpin2 BN khususnya barisan kepimpinan UMNO. Punya daya fikir low clas bak kata P. Ramlee macam perempuan kabaret.

Orang dah semakin maju, depa pulak balik ke zaman batu. Takut sangatkah pada manusia bernama Anwar Ibrahim sampaikan tak takut pada Allah.

Hari ini tuan2 munkin terlepas, esok lusa siapa tahu anak cucu tuan2 yang d timpa bala hasil kezaliman dan fitnah memfitnah yang direka cipta.

Pada yang tidak ada kepentingan atau tidak menerima apa2 imbuhan jangan sekali2 dipalitkan dengan durjana angkara manusia2 hina ini.

Ada yang asyik mengata dusta tentang Anwar Ibrahim sedangkan dalam keluarganya sendiri ada pondan, ada anak lelaki bersubang sebelah kiri, ada anak janda yang kaki botol dan ada anak baru saja keluar penjara. Dalam sebuah rumah banglow, dalam satu keluarga......fuuyoo macam2 ada.

Begitulah senario antara rakyat melayu di kg. baru hasil keluaran UMNO.

Hanya satu pertanyaan dari saya...adakah akak menjadi saksi?

'Dah tu t.v dan surat kabar semua kata ya '

Baik kita diam dari turut sama menanggung dosa. Dosa tidak mengurus anak2 dengan betul pun belum tentu dapat kita tebus, inikan nak menanggung dosa dengan orang lain.

Kembali merenung kerajaan dalam rumahtangga sebelum kita sibuk2 menabur fitnah, menambah dosa bahkan menempa bala.

Tanpa Nama berkata...

ke mana pergi ulama besar lagi amat diakui keilmuannya di malaysia seperti mufti perak, lain-lain mufti serta ulamak muktabar sahibulsamahah Mohd Nor Deris...sunyi sepi tidak kedengaran dakwah dan teguran-teguran yang bernas mereka.....Kami rakyat yang jahil sekarang dihidangkan dengan tayangan video lucah yang didakwa pemimpin pembangkang yang melakukannya....Kami perlu nasihat, pandangan atau fatwa yang tepat tentang berita sensasi tersebut.
Tolong beri pandangan segera...kami bimbang dan takut tergolong dalam golongan orang-orang yang fasik. Nak dengar teguran dan nasihat PM Najib....PM pun seronok dengan tayangan video ini sekarang...!Kalau boleh PM mahu semua rakyat malaysia menontonya sekarang...terutamanya rakyat serawak ! Sekarang hanya baca berita ini di akhbar meloya saja...takut juga kalau sama-sama jadi bahan bakar api neraka jahannam.! Nak dengar dan percaya pandangan ulamak-ulamak lain....'kerajaan kita semua' tidak iktiraf....
Wahai "ulamak-ulamak besar"!! tolonglah beri pandangan anda !