04 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 9 Mac: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Pro Mahasiswa Nasional akan mengadakan kongres Gerakan Mahasiswa Nasional(KGMN) ke-2 pada 12 Mac ini.
Menurut Jurucakap Majlis Politik Nasional (MPN) Gamis, Ahmad Shukri Kamaruddin, KGMN ke-2 bertujuan menghimpunkan aktivis mahasiswa daripada seluruh negara khususnya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk membincangkan hala tuju dan pergerakan mahasiswa sepanjang tahun 2011.
Selain itu katanya yang juga pengarah KGMN, ianya juga adalah untuk pemilihan kepimpinan dan pembentukan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) dan juga SMM.
"Kongres ini dijangka akan menghimpunkan kira-kira seribu aktivis mahasiswa daripada hampir dua puluh kampus IPTA.
"Kongres akan turut disertai oleh perwakilan aktivis mahasiswa daripada Indonesia, Singapura dan Thailand sebagai pemerhati," kata beliau dalam satu kenyataan.
Bertemakan Mahasiswa untuk Malaysia, KGMN ke-2 bertujuan KGMN akan berlangsung di Dewan Konvensyen Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Bangi dari jam 8.30 pagi hingga 11 malam.
Ia akan berakhir pada sebelah malam dengan acara ‘Pentas Mahasiswa’ yang akan menampilkan beberapa orang pimpinan mahasiswa dan juga tokoh politik daripada kerajaan dan pembangkang.
Menurutnya, antara tokoh yang dijangka hadir menyampaikan pidato ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kongres ini juga adalah sebagai kesinambungan kongres pertama yang diadakan pada bulan Mac 2010 di Petaling Jaya.
Harakahdaily/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan