04 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
KES liwat DS Anwar `Siri 2' kini sedang dibicarakan oleh mahkamah. Di dalam kes Liwat `Siri 1' mahkamah akhirnya membebaskan Anwar dari pertuduhan tersebut walaupun pihak tertentu menyebut bahawa pembebasan Anwar hanyalah kerana teknikal sahaja.
Jika mahu disebut soal teknikal, di dalam kes Liwat `Siri 1' dulu terlalu banyak teknikal bahkan fakta yang dipersoalkan. Kita masih ingat bagaimana tarikh kejadian di dalam pertuduhan dipinda beberapa kali kununnya `typing error'. Kita juga tidak lupa keterangan Azizan yang menyebut beliau tidak diliwat oleh Anwar, dan banyak lagi. Oleh itu, pelik apanya Anwar dibebaskan kununnya atas sebab teknikal?
Kini, Anwar diheret lagi di dalam kes yang sama melibatkan seorang pemuda yang kuat dan gagah berani jika dibandingkan dengan Azizan. Tidak cukup dengan itu, kini Mahathir mengeluarkan sebuah buku atau Memoir Dr Mahathir bertajuk "A Doctor In The House' yang menulis juga tentang kisah seks Anwar bersama lelaki dan wanita.
Malaysiakini melaporkan, "Tun Dr Mahathir Mohamad memuatkan 20 halaman dalam memoirnya yang bertajuk - A Doctor In The House - mengenai bagaimana beliau mendapat tahu tentang dakwaan kisah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lelaki dan wanita, yang membawa kepada pemecatannya pada 1998.
Ia diceritakan di bawah bab bertajuk 'Anwar's Challenge' dalam memoir setebal 800 halaman itu. Mahathir menulis, empat tahun selepas ketua polis negara, Tun Hanif pertamakali memberitahunya tentang dakwaan yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti homoseksual, seseorang menghantar kepadanya buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri'."
Ertinya, kerja-kerja untuk memusnahkan karier politik Anwar tidak akan terhenti di mahkamah. Mahathir tidak akan berpuas hati selagi Anwar masih memimpin PR untuk ke Putrajaya kerana beliau cukup bimbang rahsia beliau dan kroni-kroninya akan terbongkar sekiranya Anwar berada di Putrajaya. Mahathir cukup ngeri membayangkan apa yang telah terjadi kepada pemimpin Tunisia dan juga Hosni Mubarak di Mesir.
Apa yang ditulis oleh Mahathir di dalam buku tersebut, seolah-olah Mahathir tahu kesemua cerita seks Anwar dan Mahathir akui beliau mempunyai bukti. Hairannya, Mahathir tidak berani tampil ke mahkamah sebagai saksi di dalam kes liwat `Siri 1' ketika itu. Bukan Mahathir sahaja, wanita-wanita yang Mahathir menyimpan fotonya yang dikatakan terlibat dengan seks bersama Anwar juga tidak tampil sebagai saksi ketika itu.
Hanya Umi Hafilda sahaja yang tampil, tetapi wanita ini tidak membawa apa-apa bukti kukuh untuk menyabitkan Anwar di dalam kes tersebut. Berbeza dengan ceramah Umi sejak kebelakangan ini yang mendakwa beliau punyai bukti kukuh, malahan mempunyai pita video rakaman lagi. Mengapa tidak didedahkan di mahkamah dahulu? Kununnya, Umi tidak mahu dedahkan ketika itu kerana mahu beri peluang kepada Anwar untuk insaf. Jika benar ingin memberi peluang, mengapa sanggup jadi saksi ketika itu?
Ini semua kerja-kerja jahat puak yang begitu takut Anwar berada di Putrajaya. Kehebatan Anwar bukan saja ditakuti oleh penguasa sekarang bahkan yang sudah bersara pun takut seperti Mahathir. Mengapa takut jika tidak pernah melakukan penyelewengan? Mahathir sentiasa berdendam dengan Anwar, jika beliau tidak mampu lagi bersuara kerana sudah semakin tua, beliau tetap akan burukkan dan aibkan Anwar melalui tulisan pula.
WFAUZDIN NS

5 ulasan:
Bawa mengucap sahabat.
Jangan menghina saudara seIslam.
Fakta tetap fakta.
Saudara belum diuji dengan ujian yang dasyat.
Jika mencari, pasti saudara akan ketemui.
KeIslam saudara satu hidayah.
Jangan bermain sentimen politik.
Agama bukan bahan politik.
Agama menyeru manusia beriman kepada Allah.
Syurga dan neraka hanya Allah yang tentukan.
Kita sebagai hamba wajib menasihati dan menyeru manusia kepada kebaikan. Janganlah kita menjadi hakim, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang tersirat dalam jantung hati semua manusia.
Syukur kepada Allah.
Jangan jadikan penulisan saudara sebagai pemecah belah umat Islam.
asmkm,
macam ni lah, tolong jgn letak article kalau kita tak cari sahih atu tidak. Anwar is not a naive innocent man. tiap kali pegi amer1ka dia pasti balik ke london, flight ditaja oleh amer1ka.
cth nya satu miscomm dia tak dapat tiket dan (di invoice ke amer1ka dan di bayar oleh pihak disana). after franticcally making calls, beli teket dikaunter kemudian naik boarding, terus duduk di 1st class seat. Lepas tu anak kapal serba salah kerana dia ambil seat org. nak tegur dia terkenal dikalangan org sebagai suka melenting di public dan memalukan org(org kebanyakkan).
lepas tu kecoh la dan manager kena buat report sbb perbuatannya itu..
harta, tu nazri abdullah duduk kan. lepas tu rumah di london boleh main beri 2 diantara kawan jutawan mereka. dah kaya makin kaya. baker street propertiesss,bayswater, marble arch, hyde park macam macam lagi.
macam ni la, tak payah la kritikal sgt sbb dia pun sama ada kroni nya sbb ahli kluarga saya pun kroninya.
yg nepotism pun sama juga besar dosanya .. tapi buruk buruk mana pun rakyat msia masih bersyurkur dapat memelih, cuma diharapkan in future we dont want all who is in the current politics be it pembangkang, pembongkang or current pemuda umno pas, pkr, zaid ibrahim and adik ipar yg keja shell tapi tiap malam main muzik di kelab malam(org c-i-a) punya parti..we actually don't want those same people. We just want them in the role of nothing..
so please kalau letak apa sekalipun didalam internet saya harap fikir berkali kali, ini merosakkan nama bangsa dan negara.. saya di luar negara malu...kerana sikap org menyangjung anwar ibarat gadafi atau lain bangsa arab punya leader bermuka muka ..didalam negara semuanya lain macam alim, tapi another set of them for every event.
so anwar or mahathir or nik aziz no different.. all politician are liars..so what.. but you dont have buka pekong didada..
zaid ibrahim and adik ipar apa lagi nak.. for a lawyer in a busy mnc macamana tiap malam boleh main muzik di kelab malam? macam mana dia boleh buat kerja ini tapi sbg head of legal dept kat shell? banyak masa free.. nampak sgt kerja shell memang arrangement dibuat oleh c-i-a.... skrg dah kaya dan banyak duit, maka lain lah ceritanya.. dapat arahan buka parti baru...kononnya nak tolong melayu...mmmm tolong diri sendiri punya ego.
macamni la.. kalau nak tolong bangsa dan negara, perbaiki dan guna cara yg betul bukan menjatuhkan aib negara dan bangsa..
Malulah mempunyai seorang pemimpin seperti Mahathir. Benar atau tidak apa yang dikatakan oleh beliau bukanlah masalahnya disini. Masalah besar ialah sikap manusia bernama Mahathir yang suka membuka aib orang lain. Sedangkan Allah melarang keras perbuatan mengaibkan manusia lain. Semoga Allah memberi kesedaran kepada Mahathir yang semakin dekat di ambang maut ini untuk bertobat.
itu lah mungkin sifat dajal,suka fitnah dan mengadu domba sesama manusia boikot saja buku dia
Percayalah.......... mamak tu akan terus menipu dan menipu hatta selepas rohnya melepasi halkum.
Catat Ulasan