23 Mac 2011

VIDEO SEKS - NAJIB BELUM KATA, `LEMBU KULIM' SUDAH TAHU SIAPA TERLIBAT

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

GEMPAR dengan video Seks di Seri Carcosa. Tayangan Perdana secara percuma dan dijemput para wartawan untuk menyaksikannya. Bertepatan dengan pembubaran Dun Sarawak, tiba-tiba muncul video seks ini seperti mana kisah seorang pemuda yang tidak mencuci duburnya beberapa hari yang bersumpah laknat di dalam masjid menjelang Penamaan Calon PRK Parlimen Permatang Pauh dahulu.

Sumpah laknat pemuda yang kini bergelar`haji' yang pernah seluar dalamnya didapati berada di rumah seorang wanita itu mungkin kebetulan dengan Penamaan Calon PRK Parlimen Permatang Pauh, dan video seks yang didedahkan oleh Mr `T' itu pun mungkin kebetulan juga dengan pembubaran Dun Sarawak. Di zaman Najib memang banyak yang terjadi secara `kebetulan', bahkan peruntukan serta projek-projek banyak dicurahkan kebetulan dengan Pilihanraya Kecil.

Seorang lelaki dari Kulim yang digelar `firaun besar' dan saya namakan di sini sebagai Mr `Z' telah mengeluarkan kenyataan di TV 3 Suku dan akhbar pencacai Utusan Meloya berkaitan video seks seperti yang didedahkan oleh Mr `T'. Mr Z menyebut beliau percaya melebihi 100 peratus bahawa memang pemimpin pembangkang ternama itu terlibat dengan skandal di dalam video berkenaan.

Tidak pula beliau nyatakan samada beliau sudah menonton atau tidak video tersebut. Itu tidak penting, kerana kita tahu Mr Z ini kalau dia bermimpi bahawa tokoh pembangkang yang amat dibencinya itu melakukan `projek' dengan bini dia sekali pun, Mr Z pasti percaya bahawa mimpinya itu benar-benar berlaku. Kerana apa? Sebab Mr Z terlalu busuk hatinya dan dendamnya terhadap tokoh pembangkang tersebut.

Sebelum ini ramai yang menghormati Mr Z bukan kerana kewarakan atau alimnya dia di dalam ugama, tetapi semata-mata kerana dia adalah salah seorang pejuang yang bersama-sama rakyat untuk menjatuhkan rejim sekutu Apco. Itu dulu, kini Mr Z dari Kulim ini telah pun berselimut dengan sekutu Apco setelah diterajang keluar dari PKR.

Kelebihan Mr Z ini adalah berbohong. Beliau sendiri pernah mengaku bahawa sepanjang beliau berada di dalam PKR beliau selalu berbohong kununnya atas arahan bosnya dulu. Ertinya, sepanjang beliau berada di dalam PKR, beliau menjadi lembu dicucuk hidung. Sekarang pun, beliau masih lembu cuma tuannya berbeza, kali ini tuannya lebih kaya raya, maklumlah sekutu Apco. Perut Mr Z sentiasa berisi sekarang setelah bersama puak sekutu Apco itu.

Perangai suka berbohong memang tidak boleh diubah oleh Mr Z, mungkin dia dilahirkan memang untuk menjadi `lembu yang suka berbohong'. Sebagai contoh, dia pernah menulis menghentam ahli DAP kununnya menentang Azan di sebuah masjid. Sebenarnya yang berlaku bukan ahli DAP tetapi kes tersebut melibatkan ahli MCA.

Itu satu contoh betapa Mr Z ini akan menulis atau bercakap tanpa menyiasat terlebih dahulu dan tidak menggunakan otaknya. Benarlah kata orang, otak lembu memang tidak boleh berfikir. Begitulah juga dengan kes video seks yang terbaru ini. Samada beliau sudah menonton atau tidak, Mr Z terus menuduh musuh ketatnya itu terlibat. Beliau terpaksa tonjolkan sifat lembu kepada tuannya.

Percayalah, orang Kulim Bandar Baru tidak mahu `lembu bodoh' lagi. Tunggulah saat dan waktunya lembu bodoh ini dikorbankan walaupun nanti tiada siapa yang mahu memakan dagingnya kerana lembu ini busuk berbau bangkai luar dan dalam.

oleh WFAUZDIN NS

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lembu kulim elok tukaq keja jd ahlil nujum katak

Tanpa Nama berkata...

diatas dunia kita menzalimi insan lain, kita rasa puas hati dan padan muka, itulah ungkapan yang selalu kita dengar dari musuh-musuh kita. Tetapi sebenarnya kita menzalimi diri kita sendiri, dan meredhoi diri kita dicampak kedalam api neraka. fikir-fikirkan lah, insaflah, bertaubatlah istighfarlah banyak-banyak, semuga Allah ampunkan segala dosa dan maafkan kesilapan kita.

Tanpa Nama berkata...

Agaknya mak Mz "Z"ul ni dulu bermukah dengan lembu dan keluarlah keturunan lembu sebegini yeerrr.... jasadnya manusia otaknya lembu

Tanpa Nama berkata...

baca jawapan di blog zul4kulim dosa YB....

Tanpa Nama berkata...

mr Z ni ingt kalau beliau berbuat gitu pasti ada peluang utk jd calun dlm PRU 13 nanti tp dia lupa dia juga akan di mainkan dah lah buang aje ketayap atau songkok tu rakyat dah meluat tenguk muka dia, rakyat bukan bodoh lg memang kaki pembohong betul...cuci lah hati anda wahai YB 'Z' ingat lah pd Allah swt jgn tuduh sampai 110% nanti Allah kutuk YB....nahas.

Tanpa Nama berkata...

zul nordin ni memang spesis anjing kurap

Tanpa Nama berkata...

sabar ustaz...wakakka

muwoooooooooo........ahhahaah

Tanpa Nama berkata...

namun sentiasalah berwaspada dengan jerat-jerat parti fasik dan munafik tu.....mereka sanggup bukan sahaja rakyat, tapi negara pun sanggup mereka jual demi dunia dan perut mereka!

cikgusaiful berkata...

salam....semoga kita SEMUA....diberi kesempatan untuk melihat kebenaran....semoga Allah menyatupadukan seluruh umat Islam di Malaysia bersama-sama berjuang menegakkan kebenaran

Raziq Najab berkata...

Yang sedap2 buat kerja tu... datuk T
Yang kena fitnah Anwar!
Muka dia ngn Anwar sejibik tu... cuma Anwar putih sket perut kecik sket!