23 Mac 2011

295 rakyat Malaysia selamat pulang dari Yemen hari ini

18 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Seramai 295 rakyat Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini menerusi pesawat Finnair, AY864 dari Sana'a, Yemen.

Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang proses evakuasi sejak Khamis lalu, seramai 459 rakyat Malaysia telah dibawa pulang ke Malaysia termasuk 164 yang menaiki penerbangan komersil yang ditanggung oleh kerajaan.

Proses evakuasi itu dijayakan dengan kerjasama antara MKN dengan Kementerian Luar dan Kementerian Pengajian Tinggi serta beberapa agensi kerajaan selain dibantu oleh Malaysia Airlines (MAS).

"Proses pemindahan ini merupakan sebahagian daripada langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan rakyat dapat keluar daripada zon konflik dengan aspirasi kerajaan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," kata MKN dalam kenyataan.

Pergolakan politik di Yemen menyebabkan kerajaan melancarkan operasi membawa pulang rakyat dari negara itu.

Sinar Harian/-

Tiada ulasan: