22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
APA kita mahu kisah `tokeh gelang' atau Pelakun dan Pengacara AC Mizal mahu sertai Umno kerana dengan wataknya yang masih kekal sekarang tidak mungkin beliau boleh bersama PAS. Apatah lagi dengar khabarnya bisnes gelang beliau sudah lingkup dan riuh rendah suatu ketika bahawa AC menjual gelang tipu.
Samada AC mahu masuk Umno untuk menyambung rezekinya atau sememangnya jiwa beliau jiwa sekular, itu pun kita tidak kisah. Tetapi, apabila AC mendakwa bahawa pernah ditawarkan menyertai parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi maka tembelang AC kita boleh faham. Ertinya, AC setaraf juga dengan Presiden KIMMA yang juga dilaporkan pernah memberitahu ditawarkan jutaan ringgit sekiranya menyertai parti pembangkang.
Nasib Baik Tak
Masuk PAS....
Malaysiakini menyebut, " Pelakon dan pengacara AC Mizal yang menyerah borang keahlian Umno hari ini, berkata beliau sebelum ini ditawar menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi. Bagaimanapun, katanya, beliau menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan (Malaysiakini).
Pelik juga, banyak sangatkah duit pembangkang untuk membeli mamak penebar roti canai KIMMA dengan artis seperti AC ini? Tidak pula disebut parti mana yang banyak sangat duit mahu membeli mereka berdua. Apa sangatlah pengaruh AC sehingga pembangkang sanggup keluar duit derma orang ramai untuk membelinya. Cuba tanya bekas pelakun dan pencipta lagu Bob Lokman berapa juta dia dapat? Silap-silap Bob Lokman akan kata semenjak beliau menyertai PAS, duit poket beliau yang banyak dikorbankan untuk membantu perjuangan Islam di negara ini.
AC bersama isterinya Amylia menyerahkan borang memasuki Umno di dalam program Jom Masuk Umno di Ipoh kelmarin. Kenyataan kununnya beliau ditawarkan oleh pembangkang dengan jawatan tinggi adalah satu kenyataan membodek secara murahan. Apa jawatan tinggi yang pembangkang mahu tawarkan kepada artis seperti AC ini? Presiden? Ketua AMK atau Ketua Pemuda PAS? Jika mahu cari makan tidak salah, tapi jangan sampai buat cerita karut yang menunjukkan diri sendiri itu teramat bodoh.
Jangan perasan diri itu hebat sangat sampai parti pembangkang sanggup beli. Sudah berapa ramai artis yang telah menyertai Pembangkang tetapi tidak seorang pun yang sanggup merendahkan darjatnya seperti yang telah dilakukan oleh AC. Populariti beliau di dalam seni hiburan sekarang pun sudah merosot, mungkin itulah sebabnya beliau mahu cipta populariti sebodoh itu.
Di dalam keadaan sekarang, dengan tingkah laku beliau sebagai artis kini memang wajar beliau berada di dalam Umno kerana program maksiat dengan Umno mana boleh dipisahkan. Bukankah anjing sahaja yang suka makan bangkai?
Oleh: WFAUZDIN NS
5 ulasan:
Kalau aku kata jgn plak marah .. ini cerita lebih best kalau mamat khalid buat filem ... sbb dier pun join sm .. kire bleh la berlakon sekali ...
Kalau nak tipu pun biarlah orang percaya...kalau ac ditawarkan jawatan Pengerusi Dewan Ulamak Pas...Orang akan ketawa berguling-guling...bolehlah masuk Raja Lawak....UMNO memang sesuai dengan watak AC Mizal....
Biarlah siluncai terjun dgn labu-labunya....biarkan...biarkan...
Biasalah bisnes dah telingkup msuk le umno.
Aku ta akan tengok apa2 cerita kalau ada AC & Awie,meluat aku kelakar bodoh
Catat Ulasan