12 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
MIRI, 16 April: Cuaca cerah dan cantik di Kampung Masjid, Kuala Baram pagi ini masih tidak dapat membantu pengundi dari Kampung Muhibbah untuk keluar awal menunaikan tanggungjawab.
Mereka adalah antara 372 pengundi yang bakal berbuat demikian di Sekolah Kebangsaan Kuala Baram 1, dekat sini.
"Pengundi di sini amat perlahan, belum sampai 30 peratus," jelas Ustaz Fauzi. Mereka, terangnya, akan menaiki perahu berenjin dan kemudiannya berkereta sejauh 1km ke pusat pengundian.
Semua kos dua kenderaan itu hari ini dibayar oleh BN.
Di sini pengundian bermula jam 8 pagi dan berakhir pada 5 petang.
Kelihatan dalam gambar, petugas berkereta masih menunggu pengundi datang dengan perahu berenjin dari Kampung Muhibbah.
Calon Pakatan Rakyat dar DAP bagi kawasan Piasau, Ling Sie Kiong malam tadi berharap semua pengundi khususnya di dalam kawasan beliau bertanding dapat memberikan undi keemasan bagi membantu Negeri Sarawak untuk buat perubahan dalam pilihan raya umum esok hari.
Ling, 28, adalah seorang peguam lulusan dari London. Beliau merupakan seorang pelajar bijak yang dididik khas untuk menjadi seorang pemimpin. Sebagai orang muda yang bertenaga, beliau dilihat akan dapat mengatasi undi lawannya.
Ketika menemubual beliau selepas majlis penamaan calon pada 6 April lalu, beliau menyebutkan akan berusaha mengajak rakyat mengambil peluang terbaik ini untuk membuat perubahan politik Sarawak.
Dua kali beliau menyatakan "dengan rendah diri, saya berharap rakyat di kawasan ini akan memilih saya untuk membawa suara mereka yang selama ini tidak dipedulikan oleh kerajaan negeri'.
Dalam satu himpunan besar-besaran di Bandaraya Miri minggu lalu, beliau masih mengenali penulis untuk pertemuan kali kedua. Malam itu beliau membawa bersama dan memperkenalkan tunangnya, Florence Lau Bern Ee, 23, graduan niversiti dan kini sebagai seorang pegawai eksekutif sebuah bank.
Sebentar tadi untuk kali ketiganya, kami bercakap di telefon. Katanya, malam ini hujan di Miri. Beliau dalam perjalanan ke tempat ceramah. Bila ditanya tentang harapan beliau untuk hari esok, katanya, "Tidak mustahil untuk mencapai kemenangan" dan dua kali menyebut Insya Allah.
"Saya yakin dengan janji pengundi-pengundi yang berkata mereka akan memilih Pakatan di masa sama, saya juga percaya Tuhan pun akan tolong kita," jelasnya dengan ceria.
Di akhir kalimat tadi, beliau meminta disampaikan salam perjuangan pada semua Muslimin Muslimat di Sarawak dan di Malaysia agar mendoakan kemenangan berpihak kepada pejuang kebenaran dan penentang ketidak-adilan.
Seperti mana diketahui, lawannya bukan calang-calang orang. Siapa tidak kenal dengan George Chan. Sebut sahaja nama itu, semua orang akan teringat pada Miri. Ingat Miri akan teringat juga pada George Chan. Begitulah sinonimnya nama dan tokohnya.
Namun dalam pilihan raya Negeri Sarawak pada 16 April (esok), tokoh veteran yang kini sebagai Presiden SUPP, Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan dalam masa sama, memegang dua portfolio penting di dalam pentadbiran kerajaan negeri; dicabar oleh seorang anak muda.
Dr Chan terkenal dengan sifatnya yang suka tersenyum. Malah ketika penamaan calon pada 6 April lalu, tanpa segan silu kerana sudah biasa sangat menghadapi suasana begitu, beliau menggoncangkan kuat berkali-kali tangan pencabarnya, Ling Sei Kiong.
Sesiapa yang melalui satu bulatan besar di dalam Bandaraya Miri akan terperasan signboard memaparkan tubuh badan Dr Chan dalam keadaan sasa dan maskulin berpakaian sukan. Hebatnya beliau di gambar itu. Sedangkan di luar, saiz tubuhnya berbeza.
Ramai rakyat akan tersenyum malah ada yang menjadikan kisah beliau beristeri muda sama seperti Tan Sri Taib Mahmud, sebagai bahan gurauan bagi memulakan ucapan. Ramai wanita yang marah kerana pemimpin mereka tidak memilih rakyat tempatan dan bercitarasa wanita muda.
Sudah berapa lama Dr Chan menjadi wakil rakyat di Miri namun keadaan persekitaran dan kehidupan khususnya masyarakat marhaen di pinggiran Bandaraya Miri seakan terbiar begitu sahaja.
Kini datang hero muda dari Pakatan menawarkan diri untuk membawa perubahan kepada rakyat negeri Sarawak khususnya di Piasau dalam Parlimen Miri. Jika gambaran kebangkitan rakyat dapat diukur menerusi himpunan malam menjangkau puluhan ribu, keputusan malam esok, bakal menyebelahi Ling untuk Pakatan.
H/daily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan