16 April 2011

Gempa bumi sederhana gegar Australia, New Zealand

12 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

BRISBANE, Australia: Gempa bumi sederhana menggegarkan sebahagian wilayah Australia dan New Zealand hari ini, termasuk bandaraya Christchurch di mana ribuan kediaman terputus bekalan elektrik.

Tiada kerosakan besar dilaporkan akibat kedua-dua gempa bumi itu dan tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa bumi berukuran 5.2 yang menggeggarkan Christchurch hari ini jauh lebih kecil berbanding gempa bumi yang meruntuhkan bangunan pejabat dan kediaman di bandaraya New Zealand itu pada 22 Februari lalu dan membunuh sekurang-kurangnya 169 orang.

Lapan belas minit sebelum gempa bumi di New Zealand itu, gempa bumi berukuran 5.2 berlaku di kawasan kira-kira 125 kilometer ke tenggara Townsville di Queensland, pada kedalaman 10 kilometer di bawah dasar laut.

Australian Broadcasting Corp melaporkan dari Queensland bahawa penduduk di beberapa bandar dan bandaraya di sepanjang pantai merasai gempa bumi itu. - AP

Tiada ulasan: