16 April 2011

Terkini Sarawak 5.45 pm

12 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


 Di Piasau, timbalan ketua menteri, Tan Sri Dr George Chan memberi cabaran hebat kepada calon DAP Ling Sie Kiong.

Daripada saluran 1 di DM Merbau, Chan mendapat 83 undi manakala Ling pula 90 undi manakala undi rosak - 2.


Pengurus Kempen PKR di Ba'Kelalan, Paul Bian mengesahkan abangnya Baru Bian yang juga seorang peguam berjaya dalam cubaan keduanya bagi menawan kerusi yang terletak bersebelahan sempadan Kalimantan di Indonesia itu.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan pengerusi PKR Sarawak itu mendahului dengan 540 undi dan masih menunggu sebuah lagi pusat undi yang belum dikira. Pusat itu hanya mempunyai sekitar 100 pengundi.

Tiada ulasan: