12 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
PAS Miri
Salam sejahtera kepada semua pengundi,
Hari ini 16hb April 2011 kita semua sebagai pengundi akan diberi hak dan kebebasan untuk memilih wakil yang kita yakin dapat menjalankan amanah dengan baik. Di antara perkara-perkara yang perlu di ambil perhatian oleh pengundi:-
1. Pilih calon yang dapat menjalankan amanah dengan jujur dan baik.
2. Pilih calon yang sentiasa perihatin dengan masalah rakyat.
3. Pilih calon yang mempunyai rekod perkhidmatan yang bersih dari rasuah.
4. Pilih calon yang berakhlak mulia dan tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat.
5. Pilih calon yang ikhlas dan tidak suka menipu.
Buat pengundi di Miri, marilah kita fikir baik-baik sebelum mengundi . Pilih calon anda dengan hati yang terbuka serta jangan paksa diri anda untuk memilih calon yang bukan pilihan anda dan yang nyata bersubahat dengan golongan yang zalim.
Calon Senadin dari Pkr walaupun dia seorang doktor dan kaya tetapi beliau seorang yang berjiwa rakyat sanggup turun padang bersama rakyat marhean. Beliau juga yakin dengan sikap pemimpin Pas seperti Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berakhlak mulia dan tidak mengamal rasuah dalam urusan pentabiran negeri tidak seperti apa yang berlaku di negara Sarawak. Kalau dibandingkan dengan Supp yang anti Islam contohnya yang tertulis dalam banner mereka dalam bahasa cina “kalau undi Dap makna undi Pas”. Ini jelas yang mereka tidak suka pada Islam. Pas adalah parti yang berjuang Islam dan juga berjuang keadilan untuk semua bangsa tanpa mengira warna kulit dan fahaman politik. Jadi janganlah pengundi Melayu Islam tertipu dengan Supp yang sebenarnya
parti perkauman dan anti Islam.
Bagi pengundi Islam dan Melayu walaupun Piasau dan Pujut diwakili oleh Dap yang agak perkauman di Sarawak pada mulanya kalau dibandingkan dengan Dap di semenanjung tetapi setelah Dap bersama dengan parti Islam (Pas) sifat perkauman mereka sudah agak menurun. Contoh yang jelas ketua menteri pulau pinang Lim Guan Eng banyak membantu orang melayu dan Islam di Pulau Pinang. Beliau menjadikan khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola beliau.Dulu ada pemimpin Dap yang anti Islam tetapi setelah mereka bersama parti Islam Pas sikap dan pandangan mereka terhadap Islam sudah berubah sebab mereka tahu yang selama ini Umno/Bn telah memberi gambaran yang buruk terhadap Islam yang bawa oleh Pas. Sekarang setelah mereka faham Islam yang sebenar yang dibawa
oleh Pas pandangan mereka terhadap Islam sudah berubah dan ada sesetengah peminpin Dap sudah mula membaca petikan dari al quran sebagai rujukan.
Kita kena fikir kalau kita berkawan dengan orang yang baik-baik dan berilmu insy’Allah akhirnya kita akan jadi baik dan berilmu seperti mereka tetapi kalau kita baik tetapi bergaul dengan orang yang suka membuat kejahatan lama kelamaan kita akan terikut-ikut dengan perbuatan kejahatan mereka.
Jadi tiba masanya rakyat Sarawak memilih wakil rakyat yang benar-benar jujur,amanah dan berjiwa rakyat untuk mewakili mereka serta memimpin negara Sarawak dengan lebih baik lagi dari apa yang kita alami selama ini. Jangan takut untuk memilih kerana inilah peluang yang terbaik buat rakyat Sarawak untuk memilih wakil mereka di Dewan Undangan Negeri yang akan datang.
Kita diberi hak untuk memilih lima (5) tahun sekali jadi jangan salah memilih lagi kerana kalau kita memilih semata-mata kerana diberi sedikit wang dan peruntukan yang tidak seberapa akhirnya kita akan menanggung kerugian dan kesusahan dalam kehidupan seharian kita nanti. Sekiranya mereka yang terpilih tidak dapat menjalankan amanah dengan jujur dan baik, dalam masa lima (5) selepas itu kita sebagai pengundi akan menukar lagi mereka ini supaya negara kita bebas dari pemimpin rasuah dan tidak amanah. Dengan cara begini mereka yang terpilih tidak akan berani hendak membuat sesuka hati mereka terhadap amanah yang telah kita beri kepada mereka.
Akhir sekali pilihlah calon anda dengan hati yang terbuka dan mohon petunjuk Allah supaya kita dapat memilih calon yang benar-benar jujur dan ikhlas dan dapat memerintah negara ini dengan lebih baik lagi untuk masa hadapan kita semua.
Selamat mengundi
Terima kasih kerana mengundi Pakatan Rakyat demi kebajikan rakyat.
Jofri Jaraiee
YDP Pas Miri merangkap Timbalan Pesuruhanjaya Pas Negeri Sarawak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan