12 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KAHERAH 16 April - Pendakwaraya negara membuat keputusan untuk memindahkan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak ke hospital tentera dan kemudian ke penjara apabila kesihatannya bertambah baik.
Mubarak yang kini berada di dalam unit rawatan rapi di sebuah hospital di pusat peranginan Sharm el-Sheikh kerana serangan jantung akan dipindahkan ke salah sebuah hospital tentera dan akan diletakkan di bawah kawalan ketat.
Menurut pendakwaraya Abdel Maguid Mahmud, Mubarak akan terus kekal diletakkan di bawah jagaan pencegahan menurut undang-undang penjara dengan kewajipan memaklumkan pihak pendakwaraya sebaik sahaja kesihatannya kembali baik untuk dipindahkan ke penjara. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan