30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
GENEVA - Kerajaan Switzerland mengenal pasti aset bernilai 830 juta Swiss frans (RM2.8 bilion) milik pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, dan bekas Presiden Mesir dan Tunisia, Hosni Mubarak dan Zine El Abidine Ben Ali berpotensi dibekukan, kelmarin.
Menteri Luar Switzerland, Micheline Calmy-Rey berkata, aset bernilai 360 juta Swiss francs (RM1.2 bilion) kemungkinan milik Gaddafi atau sekutunya.
Pihak berkuasa turut mengaitkan aset bernilai 410 juta Swiss francs (RM1.4 bilion) mungkin milik Mubarak manakala 60 juta Swiss francs (RM205 juta) lagi milik Ben Ali.
Terdahulu, kesemua bank diarahkan untuk membeku aset yang mungkin dimiliki ketiga-tiga pemimpin dan penyokong utama mereka untuk mencegah dana dikeluarkan secara rahsia.
Sementara itu, Mubarak dan Ben Ali sudah pun memulakan proses pengadilan untuk menuntut semula aset mereka.
Namun, kedua-dua pemimpin negara itu gagal menyediakan sebarang bahan bukti yang diperlukan untuk mendapatkan semula aset mereka.
Sebelum ini, Switzerland menghantar kabel diplomatik ke Tunisia dan Mesir, Mac lalu, menjelaskan bahawa kedua-dua negara harus menyerahkan bukti sehingga pihak berkuasa memutuskan tindakan seterusnya.
Sinar Harian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan