17 Mei 2011

Kebakaran hutan di Kanada merebak ke bandar, 7,000 penduduk dipindahkan

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


OTTAWA 17 Mei - Kira-kira 7,000 penduduk terpaksa dipindahkan selepas kebakaran hutan merebak ke bandar Slave Lake di barat Kanada, di awal musim kebakaran hutan, kata pihak berkuasa semalam.

Dua kebakaran telah memusnahkan 2,900 hektar hutan berhampiran sebelum merebak ke bandar ini dan turut mengancam tiga bandar yang lain.

"Tiada amaran dikeluarkan terhadap kebakaran yang merebak dengan pantas.

"Berkemungkinan tiupan angin menyebabkan api menyeberangi lebuh raya dengan pantas ke bandar," kata Datuk Bandar Slave Lake, Karine Pillay-Kinee kepada CBC.

Banyak rumah dan bangunan telah musnah dan siaran televisyen menunjukkan 1,000 anggota bomba berusaha keras untuk memadamkan api yang sedang marak membakar sebaris bangunan, sebagai usaha menyelamatkan saki baki bandar yang terletak di 250 kilometer utara Edmonton, Alberta. 

AFP

Tiada ulasan: