13 Jun 2011

Kolej Islam Darul Ridzuan : Kemungkaran Pentadbiran Yang Tiada Noktah ?

11 Rejab 1432H. [MOD] -

Al kisah .. betul ke Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) nak terus kekalkan rekod salahlaku dalam pentadbirannya ? Dengo citer macam tu laa tapi tak tau le teman, kalo kome semua nak tau kena tanya laa kat pembesar-pembesar, laksamana-laksamana dan hulubalang-hulubalang KISDAR. Satu lagi deme kata pembesar-pembesar KISDAR langsung tak ada rasa tanda-tanda nak insaf terhadap semua salahlaku pentadbiran yang telah berlaku selama ini. Dengo citer pulak, isu-isu penyelewangan pentadbiran terus berlaku di KISDAR. Isshhh … betul ke ni ?

Tak kann laaa Kerajaan Negeri nak bio jeee, tak kan laaaa Rektor baru KISDAR nengok jee. Deme sebagai pembesar-pembesar KISDAR kena laa buat sesuatu kalo betui semua citer tu. Tapi teman tak caye deme nak bio dan nengok jeee sebab deme tu semuanyee orang crodik pandai belaka. Tak kann laaa orang crodik tak leh nak pikio. Jangan le pulak pembesar-pembesar KISDAR rase selese nak kekalkan reputasi buruk rope tu. Apa-apa pun Rektor baru KISDAR kena le jawab semua persoalan tu.

Oh yaa lupa lak teman nak ucapkan tahniah le kepada Prof Madya Dr. Jamil Hashim sebab dah dilantik jadi Rektor baru KISDAR. Prof kroje kuat-kuat dan ikhlas-ikhlas yaa, insyaAllah KISDAR bole maju. Prof jangan le dengo sangat cakap dan arahan orang politik yang lebih-lebih sangat tu .. nanti hanco KISDAR.

Isu baru yang teman dengo ialah berkaitan isu perlantikan dan perjawatan. Tak tau le betui ke idak. Kerajaan Negeri Perak dan Rektor KISDAR kena le jawab dan siasat.

i. Dengo citer En. Zairol dah diturunkan pangkat dari jawatan Timbalan Rektor (Pentadbiran dan Kewangan) ke jawatan Ketua Jabatan Promosi dan Korporat. Betui ke niiii ? Ishh ishhh kesian gak teman dengo, sabo je le yaaa En. Zairol, tu semua kroje Allah, maybe (eehhwahh cakap orang putih lak) sebab nak balas kejahatan yang dah banyak mike lakukan kottt, itu baru sikit jee yang Allah balas. Harap-harap mike cepat-cepat le sedo dan insaf ya, kalo idak teman riso Allah balas lebih dari tu lagi.

Tapi dengo citer sebelum diturunkan pangkat En. Zairol dah dapat apa yang dia nak. Dia dah dapat jawatan Tetap Gred N44. Ishhh memang pelik bin ajaib sebab sebelum ni dia hanya pegawai kontrak gred N41 then leh terus je dilantik ke jawatan tetap gred N44 secara ‘by-pass’ pulak tu. Ishh ishhh memang pelik. Banyak beno teman nak tanya ni … bila jawatan tetap gred N44 tu diwujudkan di KISDAR dan mesyuarat mana yang luluskan jawatan tu ? Kalo pun jawatan tu dah wujud, En. Zairol masih tak layak dilantik ke jawatan tetap gred N44 sebabnyaa … jawatan tetap gred N44 adalah jawatan kenaikan pangkat bagi jawatan tetap gred N41.

Nak dinaikkan pangkat pun kena ada syaratnya, antaranya ialah kena melalui temuduga, mesti lulus ujian PTK dan mesti dibawa ke dalam mesyuarat jawatankuasa kenaikan pangkat. En. Zairol tak ditemuduga punn, tak penah ikut kursus PTK dan mesyuarat jawatankuasa kenaikan pangkat tak pronah bersidang pun untuk naikkan pangkat si zairol tu. Sebenonya dia dilantik secara ‘by-pass’ oleh Rektor lama. Maksud ‘by-pass’ tu mcm ‘short-cut’ juga le atau jalan pintas.

En. Zairol dikecualikan dari semua syarat-syarat lantikan dan kenaikan pangkat. So hakikatnya En. Zairol dapat jawatan Tetap N42 secara jalan pintas. Ishhh pelik beno teman rase, tak kan le Kerajaan Negeri idak nampak penyelewangan tu ? Agak-agak kome ada tak unsur salah guna kuasa oleh Rektor lama ? Kepada pihak yang berkenaan teman rasa isu ni kena le disiasat dengan telus ya.

Satu lagi yang teman rase kelakar sangat-sangat, baru-baru ni En Zairol dengan muka tak malunyaa pi kursus induksi .. hahaha .. dia sorang je kakitangan pentadbiran dari KISDAR yang lain semuanya pensyarah .. memang confirm muka tak malu kan. Dengo citernya semua penceramah-penceramah INTAN rasa pelik kenapa le ada sorang gred N44 sesat dalam kursus induksi tu, sebenonya induksi adalah untuk gred lantikan pertama (N41 atau DG41) dan bukan untuk gred kenaikan pangkat (N44).

Walaubagaimanapun makhluk bernama Zairol jawab le juga dengan penuh bangga .. katanya .. dia dilantik atas kuasa Lembaga Pengarah. Isshhh .. tak kan le Lembaga Pengarah subahat sama. Penceramah berkenaan rasa pelik sebab ini le kes pertama yang beliau dengo sepanjang 30 tahun berkhidmat sebagai penceramah INTAN. Hahahaha … kome tak kan tak rasa kelakar. Teman gelak sakann nii .. hehehe.

ii. Satu lagi teman dengo citer gak ada sorang bekas penolong pensyarah kontrak gred DG41 tiba-tiba je tak semena-mena dilantik ke jawatan pegawai tadbir gred N41. Aikkk .. mudah beno yaaa nak tuko skim jawatan dari skim DG41 ke skim N41, leh gitu-gitu je terus lantik ya. Ishhh tak tau le teman kenapa le Rektor lama leh terus lantik macam tu je. Tak kann le Rektor lama tak tau prosedur yang sebenonya, dan tak kan le Kerajaan Negeri tak tau isu ni.

Yang teman heran dengo citer sebelum ni ada gak kes macam tu, sorang pegawai tadbir dilantik jadi penolong pensyarah tapi ada iklan dan ada pulak temuduga, ikut pulak prosedur. Kali ni kenapa tak ikut pulak prosedur ? Pelikk pelikkk .. memang pelikk.

Teman nak tanya lagi .. betui ke ada kosong dan perlu jawatan N41 tu ? Kalo betui ade kenapa le tak diiklankan. Udah ke penolong pensyarah tu ditemuduga ? Kalo udah sape panel penemuduganya ? Kalo pun udah ditemuduga, ada ke mesyuarat jawatankuasa kenaikan pangkat bersidang untuk lantik penolong pensyarah tu jadi pegawai tadbir ?

Lagi satu betui ke penolong pensyarah tu dilantik ke jawatan pegawai tadbir dan dibayo gred tangga gaji yang tinggi ? Maksud teman tinggi tu tak le tinggi bebeno tapi gred tangga gaji yang tak layak untuk dia. Apa yang teman tau, kawan-kawan teman citer dalam sektor kerajaan pengalaman kroje yang bole diambil kira ialah pengalaman dalam sektor kerajaan dan pengalaman dalam skim yang sama je,

tapi dengo citer penolong pensyarah tu ada pengalaman dalam sektor swasta je dan skim lama dia ialah skim DG bukan skim N so macam mana le dia bole dapat gred tangga gaji yang tak layak untuk dia. Betul ke nii ? Kalo le betui, Kerajaan Negeri kena le tengok-tengok jangan di bio je. Agak-agak kome ada tak lagi unsur salah guna kuasa ? Siasat le jangan tak siasat.

iii. Dengo citer lagi ada sorang lagi Timbalan Rektor nak masuk KISDAR nak gantikan tempat En Zairol tu. Kabonya Timbalan Rektor tu sorang Pegawai Tadbir dari UTP. Teman tak kisah le dari mana pun tapi betui kee Timbalan Rektor tu masuk tak ikut prosedur perjawatan yang betul ? Deme kata Timbalan Rektor tu terus dilantik jawatan Tetap dengan Gred N52, betui ke nii ?

Kalo le betui .. fuyooo terus masuk leh dapat jawatan Tetap ya. Teman kesiannn kat kakitangan KISDAR yang dah lama kroje, ramai lagi yang masih jawatan Kontrak. Satu lagi, kalo le betui Timbalan Rektor tu dapat jawatan Tetap Gred N52, teman nak tanya lagi .. bila le jawatan tu diadakan di KISDAR ? Mesyuarat mana pulak yang luluskan jawatan tu ? Ada ke iklan kekosongan jawatan tu disiarkan ? Bila pulak Timbalan Rektor tu ditemuduga ? Ishhh banyak beno pulak teman tanya .. maaf le ya .. bukan apaa .. setahu teman itu le caranya nak lantik mana-mana penjawat awam. Kerajaan Negeri yang lantik Timbalan Rektor tu, tak kan le tak ikut semua cara tu kan. Satu lagi teman musykil gak ..

Timbalan Rektor tu bekas Pegawai Tadbir di UTP. UTP adalah sektor Swasta. Timbalan Rektor tu langsung tak da pengalaman mentadbir dalam sektor Kerajaan, beliau tak mahir pun dalam GO, tak tau pasal perkeliling kerajaan dan tak penah pun pi kursus induksi dan PTK. Semua benda yang teman sebutkan tu penting untuk jadi pegawai tadbir utama sektor kerajaan yang baik, effisien dan professional. So .. bole ke Timbalan Rektor tu buat kroje pentadbiran dengan adil, cekap dan berkesan ?

Kalo le betui semua perkara yang teman sebutkan diatas teman rase Kerajaan Negeri Perak dan Rektor KISDAR kena le cepat-cepat betuikan semua penyelewangan tu supaya reputasi KISDAR tak terus tercemar. Moh le pakat sama-sama bangunkan KISDAR. Itu le satu-satunya Kolej milik Kerajaan Negeri untuk didik anak bangsa kita. Kroje le sungguh-sungguh nak bangunkan KISDAR dan buang le jauh-jauh kot-kot ada rasa kepentingan diri sendiri.

Insan Prihatin
Perak Darul Ridzuan

9 ulasan:

akulajuki berkata...

Perkara ini berlaku di Kisdar sebuah institusi di bawah kerajaan negeri senang nak tutup segala salah tadbir dan sebagainya. Tapi jangan kata perkara yang sama tidak berlaku di agensi kerajaan pusat contohnya di Jabatan Pendidikan Terengganu di mana seorang ketua sektor hanya begred DG44 KUP sahaja sedangkan pada waktu yang sama ada 4 pegawai lain gred DG48 Hakiki. Sekarang ni ketua sektor tersebut pangku gred DG52 lagi kaw-kaw punya kerja. Itu belum lagi guru besar sekolah rendah yang bertaburan di seluruh Malaysial umporno yang hanya bergred DGA38 mentadbir guru-guru yang bergred DG41 dan DG44 malah ada sesetengahnya yang bergred DG48. Kalau kata ini kerja BODO ramailah guru-guru besar tua ni yang akan marah tapi ini BODO la ni. Malaysial ni dah nak melingkup tak lama lagi kalau perkara2 sebegini diteruskan...

anti benggong berkata...

Kerajaan negeri pun benggong ... KISDAR bwh Kerajaan Negeri kenapa tak pantau. Kerajaan negeri bangga sangat ada Kolej, jaja sana-sini, kempen sana-sini tapi masalah yg berlaku dalam KISDAR buat tak nampak jeee. Eehhh tak mungkin tak nampak, mesti nampakk tapi dik kerana org UMNO yang tadbir Kolej, org UMNO yang salah tadbir so Kerajaan Negeri buat-buat tak nampak laaa. UMNO punya pasal buat apa pun bole. UMNO punya pasal tak ikut prosedur pun bole. UMNO punya pasal tak ikut GO pun bole.

anti benggong berkata...

Kerajaan Negeri pun benggong ... Kolej bawah Kerajaan Negeri so kenapa tak pantau. Kerajaan Negeri bangga sebab ada Kolej, jaja sana sini, kempen sana sini, nak naik taraf laa, tapi apa masalah yang berlaku dalam Kolej, Kerajaan Negeri buat tak nampak je, buat tak tau jee. Eeehhh mana bole tak nampak, mesti laaa nampak tapi dik kerana orang UMNO yang buat, dik kerana orang UMNO yang selewang, dik kerana orang UMNO yang salahguna kuasa ...Kerajaan Negeri buat-buat tak nampak. UMNO punya pasal seleweng pn tak pa. UMNO punya salah buat salah pun tak pa. UMNO punya pasal tak ikut prosedur pn tak pa. UMNO punya pasal langgar GO pn tak pa. UMNO punya pasal 'by-pass' pun tak pa.

aktaksukekakiampu berkata...

haha...biasa kalau trus baek pangkat nie salah satu cara nya ialah kaki ampu.bukan teman xperasan.duk berkepit dgn rektor lama baek di ofis atau di luar ofis.keje ntah pe2 ntah dia wat.semua owg dia nk maki semua owg dia nk kata salah.ble gadis da yg cantek or gedik ckit dgn dia, dia ok lak layan tp bile da owg laen dtg semua nye dia nk maki.itu xleh.ini xleh.nk tunjuk dia tu pandai la wat kroje tu.biasa le..kerana pangkat, mannusia sanggup membuang jati diri.yg pasti manusia mcm nie mmg akal nye pendek dan ibarat lalang.kalau da puak2 dia dlm industri tu, dia lepak dgn puak2 dia jew.ampu sana ampu sini hanya kerana duit.dah beso2 + dah khawin pn masih akal pendek.kalau minx kroje kat tmpt ak, owg mcm nie dah lme dah kena pulau satu ofis.nk tunjuk beso sngt jawatan ko tu.silap2 hari bulan mmg kena pukul jew owg xberguna ni.ketuk kat otak tu bior berpikior ckit dgn matang.

Tanpa Nama berkata...

Teman tak sangka dalam kampus pun banyok politik. Teman ingat bidang akademik ni untuk mengajor aje. Teman rase politik kat mane-mane pun ade. Tapi janganlah sampei teruk benor. Kalau di syarikat swasta mungkin takpe, tapi kalau di akademik, yang malangnye para pelajor.

Tanpa Nama berkata...

emmm..tk sngka KISDAR dh jd mcm ni..tlglh kerajaan negeri,pantau kolej ni..bersihkan blik KISDAR ni dr segala pnyelewengan ni..biarlh Kolej ni bersih n seindah nmenye KOLEJ ISLAM....

Tanpa Nama berkata...

tolonggggggggggggggggggggggggggg,kisdar makin teruk apabila makin hampir di naiktaraf...tolong buat pantauan dan aduan tntag kolej ni,sape yg tau,kami tersiksaaaaa!!!!kalau macam ini lah,patut ke kolej ni di naiktaraf?x jaga kebajikan pelajar,pentingkan diri.tandas rosak x penah nk ambil tahu,hingga kini,apa nak jadi?!!!!!!!!!tolonglah sebarkan..kolej ni makin terok,tak terjaga,inikah kolej islam,?tolong kami,datanglah siasat.tanya lah pelajar lama tntag kolej ni,skrg kmsukan pljar bru,so budak baru tak tau.di sebabkan politik kotor umno!kolej islam rosak

Tanpa Nama berkata...

tolonggggggggggggggggggggggggggg,kisdar makin teruk apabila makin hampir di naiktaraf...tolong buat pantauan dan aduan tntag kolej ni,sape yg tau,kami tersiksaaaaa!!!!kalau macam ini lah,patut ke kolej ni di naiktaraf?x jaga kebajikan pelajar,pentingkan diri.tandas rosak x penah nk ambil tahu,hingga kini,apa nak jadi?!!!!!!!!!tolonglah sebarkan..kolej ni makin terok,tak terjaga,inikah kolej islam,?tolong kami,datanglah siasat.tanya lah pelajar lama tntag kolej ni,skrg kmsukan pljar bru,so budak baru tak tau.di sebabkan politik kotor umno!kolej islam rosak

Tanpa Nama berkata...

ape2 pun sekrang dah ramai ustaz dg41 jadi mangsa kerakusan politik dan poligami manusia sayang dunia kat situ =(