08 Julai 2011

22 terbunuh serangan ke atas bas di Pakistan

6 Syaaban 1432H. [MOD] -

KARACHI 8 Julai – Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan 20 lagi cedera apabila satu kumpulan bersenjata melepaskan tembakan ke arah dua buah bas dan melancarkan serangan di jalan-jalan di bandar terbesar Pakistan ini, semalam.

Penasihat keselamatan bagi wilayah Sindh, Sharfuddin Memon berkata, seramai 10 orang terkorban dalam serangan yang disasarkan ke atas dua bas.

Menurutnya, insiden terbaru ini menjadikan jumlah korban akibat serangan kumpulan bersenjata meningkat kepada 49 orang dalam tempoh tiga hari. – AFP

Tiada ulasan: