08 Julai 2011

BERSIH cabar keputusan k'jaan isytiharnya haram

6 Syaaban 1432H. [MOD] -

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pagi ini mengemukakan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar arahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengisytiharkannya sebagai pertubuhan haram.

Pemohonan itu difailkan di bahagian pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Seramai 14 ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 yang diketuai oleh pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai reponden dalam permohonan semakan kehakiman setebal 46 halaman itu.

Awal bulan ini, Hishammuddin mengisytiharkan BERSIH sebagai sebuah pertubuhan haram tetapi Ambiga menafikan perkara itu.

malaysiakini/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sukia hati mrk aje yer nak haram ke atau halah hy dgn menegeluarkan kata2 aje perghhhh! senang betul ye krn kuasa yg ada pd mrk ingat lah wahai ketua KDN jgn sombong dan bongkak hidup ni spt roda hari kamu di atas sampai masa kamu akan ke bawah jugak dan bila dah bradi di bwh tu apa kah yg akan jadi nanti...cuba fikir2 kan...kuasa yg ada ni hanya sementara, sementara Allah pinjamkan jadi ingat lah jgn sombong malaysia ni bukan milik anda seorang, tp milik rakyat malaysia, jika anda seorang aje dlm negara malaysia ni saya pasti anda hanya akan makan buah2an dan ikan dan binatang2 kecil sj sbb bumi malaysia tidak bernegara krn hy ada seorang manusia aje.