08 Julai 2011

Enam mati rentung rumah terbakar

6 Syaaban 1432H. [MOD] -

SANDAKAN 8 Julai — Enam orang mati rentung selepas sebuah rumah di Kampung Jawa 2 di Batu 12 dekat sini terbakar awal hari ini.

Lima mangsa adalah orang dewasa dan seorang lagi kanak-kanak.

Penguasa Bomba dan Penyelamat Sandakan Alias Abu berkata, setakat ini pihaknya belum dapat mengenal pasti identiti mangsa.

Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti identiti mereka, katanya.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran membabitkan rumah tersebut pada pukul 1.15 pagi.

Katanya, dua jentera bersama 18 anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian dan berjaya mengawal api pada pukul 2.41 pagi. - Bernama

Tiada ulasan: