08 Julai 2011

PERKASA batal perhimpunan esok

6 Syaaban 1432H. [MOD] -

PERKASA telah membatalkan rancangannya untuk berhimpun esok kerana gagal mendapatkan permit polis, kata presidennya, Datuk Ibrahim Ali.
Katanya, ia ekoran kegagalan PERKASA untuk mendapatkan kebenaran dari beberapa pihak pengurusan stadium yang dipohon sebagai lokasi perhimpunan PERKASA.

Berikutannya, Ibrahim berkata ahli-ahli PERKASA yang telah mendaftar untuk berhimpun esok, diminta "bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur khususnya di Taman Tasik Titiwangsa.

"Buat masa ini batal, tetapi kita akan berusaha untuk mendapatkan stadium, kalau dapat kita akan pohon permit polis," katanya.
Ditanya mengenai masa yang sudah suntuk, Ibrahim berkata, pihaknya akan mencuba sedaya upaya untuk berbuat demikian.

Pagi tadi, dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata permohonan PERKASA untuk berhimpun di Stadium Titiwangsa di Kuala Lumpur esok telah ditolak.

Katanya, penolakan itu kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menguruskan stadium berkenaan tidak meluluskan tempahan mereka.

malaysiakini/-

2 ulasan:

NAZRI berkata...

sikatak dan PERKASA NI pencacai dan barua UMNO....HELLO SIKATAK kenapa berpuluh tahun you kahwin tapi tiada anak...katak mandulkan...sebb mandul tu dia jadi katak.

dengantenang berkata...

dasar penakut..baru diacah polis dah menyorok bawah katil...tapi perkasa..bikin malu dengan bebudak tadika jer...