25 Syaaban 1432H. [MOD] -
SYDNEY: Sydney dan Melbourne mempunyai kadar parkir paling mahal di dunia ketika kedua-dua bandar raya berkenaan berusaha menggalakkan penduduk meninggalkan kereta mereka di rumah untuk ke tempat kerja, menurut satu kajian semalam.
Kajian Kadar Parkir oleh Colliers International mendapati Oslo, Norway sebagai tempat parkir paling mahal di dunia dengan kadar AS$89.04 (RM267) sehari, diikuti oleh Copenhagen di Denmark, AS$73.11 (RM219), kemudian Melbourne, AS$69.53 (RM209) dan Sydney AS67.42 (RM202).
Ibu negara Indonesia, Jakarta mempunyai kadar parkir paling murah daripada 156 bandar raya yang dikaji, iaitu AS$0.92 (RM2.76).
Pengarah kajian kebangsaan Colliers, Nerdida Conisbee berkata, levi majlis tempatan dan kerajaan melonjakkan kos di daerah perniagaan utama bandar raya Australia. - AFP
1 ulasan:
...dan dewan bandaraya kl pun akan menaikan harga parkir dgn bandar2 berkaitan akan menjadi contoh
Catat Ulasan