28 Julai 2011

Kami Rakyat Dan PM Hak Kami, Kata Fareez

26 Syaaban 1432H. [MOD] -

AMPANG JAYA 28 JULAI : Pembantu ahli parlimen Ampang, Mohamad Fareez Kamal Intidzan menafikan sekeras-kerasnya beliau antara yang berniat mahu mencederakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika cuba menyerahkan petisyen kepada Perdana Menteri itu semalam.

"Saya hanya seorang rakyat. PM adalah hak rakyat. Maka adalah hak untuk saya berjumpa dan menegur PM kerana PM itu milik rakyat,"katanya.

Pada satu sidang media yang diadakan hari ini, Fareez berkata, ekoran penahannya semalam beliau dihentam di Twitter, Facebook dan blog pro Umno kerana didakwa cuba mensabotaj program edaran Jalur Gemilang semalam.

" Malah ada yang melampau sehingga mendakwa saya merancang mahu mencederakan dan membunuh Perdana Menteri semalam hanya kerana kapisiti saya sebangai pengasas Pertubuhan Revolusi Anak Muda Malaysia (PRAMM),"katanya.

Justeru itu beliau tampil hari ini menjelaskan bahawa usaha menyerahkan petisyen kepada Perdana Menteri bersabit penahanan enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat dan tuntutan Bersih, adalah hak rakyat.

"Penahanan saya semalam juga menggambarkan seolah saya dan aktivis lain umpama pengganas di negara ini. Hanya sebuah kerajaan yang bersalah pada rakyatnya sahaja akan takut berhadapan dengan rakyat,"katanya lagi.

Justeru itu, beliau menggesa kerajaan Najib dan media kawalannya agar tidak terus melayani rakyat sedemikian rupa kerana rakyat biasa juga punya hak ke atas Perdana Menteri dan negara ini.

"Ingin saya ingatkan kepada tentera media upahan Umno dan Najib, hatta Papa Gomo sekalipun, bahawa jika Najib terus-terusan menipu, menindas dan membuli rakyat, bukan sahaja rakyat akan menolak beliau dan Umno-BN pada PRU13 kelak, malah tidah mustahil ada yang akan sanggup membunuhnya juga nanti.

"Maka, demi memelihara keselamatan YAB PM, saya menggesa agar seluruh jentera Umno jangan pernah mencabar kesabaran rakyat lagi,"katanya.

Beliau merupakan salah seorang daripada enam ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang ditahan bersama empat orang awam ketika cuba menyerahkan petisyen kepada Perdana Menteri bersabit penahanan rakyat di bawah akta Ordinan Darurat dan tuntutan Bersih 2.0.

Mereka ditahan sekitar jam 3 petang setelah berbaris bersama pelatih khidmat negara (PLKN) untuk berjumpa Najib Razak, yang hadir untuk merasmikan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Sebelum ditahan, kesemua mereka sempat melaungkan slogan 'reformasi' dan 'hidup rakyat'.

Antara yang ditahan termasuklah Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip, Exco AMK Pusat, Zaki Yamani, Zulfikar Ali Ariffin, Manivannan Gowindasamy, Chegu Sekar, dan Sacchinathan.

Fareez juga secara berseloroh sempat berkata "Dear PM, my name is Fareez. And I'm not a terrorist."

Kata-kata Fareez disambut gelak ketawa beberapa wartawan yang hadir ketika sidang media di Ibu Pejabat ahli parlimen Ampang tengahari tadi.

tv selnagor/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ayuhhh..anak muda bangkit menegakkan keadilan dalam sistem demokrasi yang telah dirobek oleh kerajaan najib...janganlah harapkan kepada golongan tua sahaja.Najib sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kerajaan sekarang kerana kalau kalah dalan PRU ke13 nanti beliau tidak akan dapat tidur lena akibat gangguan hantu altantuya dan sebagainya.Kerajaan hari ini indah khabar dari rupa...harga barang melambung tanpa kawalan yang berkesan, kuasa beli makin merosot, subsidi untuk faedah rakyat dipotong kononya untuk membuat projek pembangunan,kebebasan bersuara rakyat disekat, pasukan keselamatan telah terang-terangan telah diperalat, keadilan sistem perundangan telah diragui, rasuah menjadi keutamaan dari rakyat jelata hingga kepada peringkat tertinggi, peguam negara macam peguam umno/bn dan bermacam masalah lagi yang tidak mampu ditulis di sini...Ayuhhh...tumbangkan kerajaan yang menyusahkan rakyat..!!