26 Ogos 2011

Editor Utusan, wartawan dilepaskan dengan amaran

26 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Seorang editor kanan dan seorang wartawan akhbar harian bahasa Melayu - Utusan Malaysia - diberi amaran oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini kerana menerbitkan satu artikel yang menyerang kredibiliti seorang peguam dalam perbicaraan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya.

Hakim Datuk Akhtar Tahir juga mengarahkan ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan hadir di mahkamah untuk menjelaskan komennya yang disiarkan dalam Utusan yang mengkritik peguambela Manjeet Singh Dhillon.

Hakim memberitahu ketua pengarang Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan wartawannya, Raja Syahrir Abu Bakar bahawa kenyataan dalam artikel tersebut adalah dilarang kerana kes tersebut masih berjalan.

Manjeet (kanan) membangkitkan perkara itu minggu lalu dan berkata artikel itu adalah serangan peribadi terhadapnya kerana mendakwa dia "selalu burukkan kerajaan".

Artikel itu mengulangi dua kali bahawa Manjeet adalah anggota pasukan peguam yang mewakili ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan kes liwat yang sedang berjalan sekarang, tetapi sebenarnya ia tidak betul.

malaysiakini/-

Tiada ulasan: