Syaikh Muhammad bin Sholih Al 'Utsaimin -rahimahullah- pernah ditanya: "Apa hukum orang yang berpuasa namun meninggalkan solat?"
Beliau rahimahullah menjawab:
"Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan solat tidaklah diterima kerana orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan murtad. Dalil bahawa meninggalkan shalat termasuk bentuk kekafiran adalah firman Allah Ta'ala,
فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَنُفَصِّلُ الْآَيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
"Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui." (Qs. At Taubah [9]: 11)
Alasan lain adalah sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam,
Alasan lain adalah sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam,
بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ
"Pembatas antara seorang muslim dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat." (HR. Muslim no. 82)
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda,
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda,
الْعَهْدُ الَّذِى بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ
"Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah mengenai solat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir." (HR. Ahmad, At Tirmidzi, An Nasa'i, Ibnu Majah. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani)
Pendapat yang mengatakan bahawa meninggalkan solat merupakan suatu kekafiran adalah pendapat majoriti sahabat Nabi bahkan dapat dikatakan pendapat tersebut adalah ijma' (kesepakatan) para sahabat.
'Abdullah bin Syaqiq –rahimahullah- (seorang tabi'in yang masyhur) mengatakan, "Para sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam tidaklah pernah menganggap suatu amalan yang apabila seseorang meninggalkannya akan menyebabkan dia kafir selain perkara solat." [Perkataan ini diriwayatkan oleh At Tirmidzi dari 'Abdullah bin Syaqiq Al 'Aqliy; seorang tabi'in. Hakim mengatakan bahawa hadits ini bersambung dengan menyebut Abu Hurairah di dalamnya. Dan sanad (periwayat) hadits ini adalah shohih. Lihat Ats Tsamar Al Mustathob fi Fiqhis Sunnah wal Kitab, hal. 52, -pen]
Oleh karena itu, apabila seseorang berpuasa namun dia meninggalkan solat, puasa yang dia lakukan tidaklah sah (tidak diterima). Amalan puasa yang dia lakukan tidaklah bermanfaat pada hari kiamat nanti.
Oleh sebab itu, kami katakan, "Solatlah kemudian tunaikanlah puasa." Adapun jika engkau puasa namun tidak solat, amalan puasamu akan tertolak kerana orang kafir (disebabkan meninggalkan solat) tidak diterima ibadah daripadanya.

[Sumber: Majmu' Fatawa wa Rosa-il Ibnu 'Utsaimin, 17/62, Asy Syamilah]
***
Penterjemah: Muhammad Abduh Tuasikal Artikel www.muslim.or.id
***
Penterjemah: Muhammad Abduh Tuasikal Artikel www.muslim.or.id
8 ulasan:
...eloklah mcm tu...bertegaslah sikit dlm hukum...lslam dah hampir terburai kat msia ni sbb dok main ;cukuplah benci dgn hati,...spi nnti org berzina depan mata pn duk gitu la...benci dgn hati...tlgla...jgn la diharapkan 'lslam 'baka' (keturunan)' terus mendonimasi dgn keadaan yg songsang sebegini berterusan...please!!!
salam, sdr. hendaklah berhati-hati dalam menceduk artikel bersifat hukum spt. menghukumkan kafir kepada orang dengan sewenang-wenangnya. Kita akan tanggung dosa kalau mengelirukan masyarakat. Hukum orang tak solat perlu diperincikan dan dirujuk kepada ijmak ulamak ahlussunnah wal-jama'ah yang sahih bukan mengambil satu pendapat ulamak saudi, Sheikh Uthaymin sahaja.
kita kena bagitau kpd org yg tak solat supaya jangan berpuasa?
Alhamdulillah.. Syukur di atas penjelasan YB. Terima kasih
Islam dibina dengan 5 rukun, seperti rumah kena ada tiang, kalau tak cukup tiang, maka runtuhlah rumah tersebut. Aku bersetuju dengan artikel tersebut. Buat apa puasa kalau tak solat. Sedangkan nabi suruh kita pukul anak kita bila tak sembahyang,sehinggakan kalau sakit sekalipun kita wajib sembahyang kecuali gila atau pengsan kenapa? Ini menunjukkan betapa beratnya sembahyang.
saya setuju dgn hujahan anda...apa yg dikatakan dlm artikel ni benar belaka...rukun islam nie bukan nya seperti subjek matematik 5-1=4 bukan tpi dlm islam 5-1=0 thats means xsempurnalah ibadat seseorang itu sama seperti sia2 sahaja...terima kasih :)
orang yg solat pasti akan puasa, ttp org yg puasa belum tentu akan solat..
jadi orang yang puasa tapi tidak solat itu puasanya tidak diterima. jadi perlukah dia qada puasanya yang tidak diterima itu?
Catat Ulasan