02 Ogos 2011

Laporan dakwaan penjara dera 33 pelajar, diserah pada kementerian

2 Ramadhan 1432H.[MOD] -

Jabatan Pelajaran Johor telah mengemukakan laporan kepada Kementerian Pelajaran untuk tindakan selanjutnya berhubung dakwaan kejadian dera melibatkan 33 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar
Baru Uda (SMKBBU), Johor Bahru, ketika menghadiri kursus motivasi di Penjara Kluang, minggu lepas.

Pengarah Pelajaran Johor Mohd Nor A Ghani yang enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu berkata laporan berkenaan dikemukakan semalam berdasarkan hasil maklumat yang diberikan pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKBBU serta Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Johor Baharu.

"Laporan itu dikemukakan segera bagi memastikan dakwaan berhubung kejadian itu dapat diselesaikan segera," katanya hari ini.

Semalam, 33 pelajar lelaki terbabit mendakwa didera secara fizikal termasuk dibotakkan kepala, dipukul di perut, digari, dicengkam di tengkuk dan diarah memakai persalinan banduan semasa berkursus selama tiga hari di penjara berkenaan.

Mereka turut mendakwa dilayan tidak ubah seperti banduan sepanjang tempoh berada di penjara itu.

- Bernama

Tiada ulasan: