3 ramadhan 1432H. [MOD] -
Saya ingin meminta supaya Perdana Menteri bersiap sedia mental dan fizikal untuk menjadi pemimpin yang dikenang rakyat selamanya sebaik beliau “bersara” tatkala PRU 13 selesai, bukan sebagai sebuah memori pemimpin teragung tetapi sebagai seorang pemimpin yang dicela oleh rakyatnya sendiri.
Bari-baru ini Najib memberi ingatan yang ditujukan khusus buat seluruh rakyat Malaysia muslim supaya berjimat cermat pada bulan Ramadhan tahun ini.
Beliau nampaknya tidak henti-henti mahu perbodohkan rakyat dengan mengingatkan rakyat perlu berbelanja secara berhemah dan tidak melakukan pembaziran sepanjang menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan, menurutnya lagi ia selaras dengan semangat yang dianjurkan dalam bulan ini iaitu bulan yang telah disediakan Allah sebagai satu medan untuk membina kualiti keimanan serta ketakwaan.
Berkenaan dengan nasihat itu, sebenarnya Islam menuntut agar si pemberi nasihat jangan cuma pandai berucap sahaja, pemberi nasihat jangan cuma pandai beri nasihat,namun dilihat dari amalannya jauh sekali seperti langit dengan bumi.
Janganlah jadi macam ketam mengajar anaknya berjalan lurus dalam keadaan disendiri berjalan tidak betul.
Saya ingin ajukan soalan kepada Perdana Menteri, jimatkah beliau jika bil elektrik rumahnya berjumlah lebih RM700,00 sehari?, dan jimatkah perbelanjaan beliau jika bil air rumahnya berjumlah lebih RM1000,00 sehari?
Bil yang saya maksudkan tadi ialah kos untuk biaya sehari bil elektrik dan air kediaman rasmi Perdana Menteri, kos tersebut seolah-olah tidak masuk akal kerana mustahil Perdana Menteri dan juga isteri tinggal dalam rumah selama 24jam tanpa keluar.
Rakyat yang tidak tahu perihal ini akan mengangguk sahaja dan terus akur dengan nasihat tersebut, persoalannya adakah kita yang telah tahu hal ini boleh berdiam diri.
Sebelum itu media baru mendedahkan bagaimana sikap boros yang ditunjukkan oleh isteri PM yang berbelanja boros dengan membeli cincin berharga jutaan ringgit.
Nasihat saya janganlah semudahnya rakyat dihidangkan dengan nasihat supaya berbelanja berhemah sebelum ,ajib mampu mengawal isterinya dari menjadi wanita "paling boros" di abad ini.
Ayuh selamatkan Malaysia dari cengkaman Umno-Bn yang kian "gila dan tidak siuman" dengan wang rakyat dibelanja ikut suka hati, beri undi kepada Pakatan Rakyat pada PRU 13 untuk mengubah Malaysia tercinta sebagai sebuah Negara yang bebas pemimpin korup dan boros berbelanja.
Drs khalil idham lim
Parit buntar, 3 ogos 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan