3 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Terkini media alternatif melapor bahawa Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengagihkan sejumlah RM1 juta ringgit hanya untuk seluruh Ahli Parlimen BN bagi melakukan persiapan menjelang saat hampir pilihanraya umum.
Dalam isu ini, Muhyiddin perlu tahu perbezaan antara wang parti dan wang kerajaan atau wang rakyat, yang mana wang rakyat hendaklah diagihkan tidak mengira apa-apa parti sekira ia ikhlas ingin membantu rakyat kerana walaupun kalah di kawasan PR menang, namun pengundi Pakatan tetap rakyat Malaysia bahkan terdapat juga pengundi BN dalam kawasan yang mereka kalah.
Ketidakadilan yang berpanjangan dalam mengagihkan kekayaan negara selama Umno-Bn memerintah Malaysia adalah bukti yang jelas BN mesti ditolak dam PRU 13 akan datang.
Realitinya Negara kita telah jauh ketinggalan dari pelbagai aspek kerana pemimpin yang ada terlalu korup serta tidak amanah dalam menjalankan tugasnya.
Saya akur jika seluruh kakitangan kerajaan persekutuan terdiri anggota Umno-Bn yang memberi komitmen penuh terhadap parti, maka layaklah jika kerajaan tersebut diberi nama sebgai kerajaan Umno-Bn. Termasuk wang pengajian dan wang yang agihkan adalah dari wang umno dan BN, selayaknya mereka boleh menafikan hak ahli parlimen PR.
Hakikatnya jika ditaksir, kemungkinan besar terdapat ramai kakitangan kerajaan dan juga penjawat awam yang cenderung ke arah Pakatan Rakyat berdasarkan kebajikan yang jitu dari Pakatan seperti yang diterjemahkan oleh Selangor dan Pulau Pinang sebagai negeri yang adil lagi berkebajikan terhadap rakyat.
Ini merupakan salahlaku Umno-Bn sejak sekian lama, seolah-olah bumi Malaysia ini milik mereka sehinggakan seluruh ruang hak rakyat dipolitikkan oleh parti yang memerintah.
Drs Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 3 Ogos 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan