07 Ogos 2011

Kumpulan Kristian sangkal selindung sebalik kebajikan

7 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Presiden Majlis Gereja Malaysia Thomas Philip hari ini menyangkal dakwaan bahawa kumpulan Kristian menggunakan kerja-kerja kebajikan untuk mendorong orang ramai menganut agamanya.

Bercakap kepada Malaysiakini, Thomas (bawah) berkata orang Kristian bertanggungjawab menolong pihak yang memerlukan tanpa mengenakan sebarang syarat kepada penerima.

NONEMenurutnya, agama lain juga mengajar perkara yang sama.

Katanya, orang Kristian sudah "jemu" dan "bingung" dengan dakwaan berterusan sedangkan perbuatan baik harus "dihargai" bukan "dicurigai".

"Dakwaan sebegini sudah berjalan untuk beberapa waktu. Provokasi yang tidak diperlukan ini sungguh membingungkan.

"Perdana menteri harus ke depan untuk mencari puncanya kerana dakwaan sebegini berterusan muncul kembali, sedangkan ia isu sensitif yang menyebabkan orang ramai berpecah belah. Ia tidak baik untuk negara," katanya.Presiden Majlis Gereja Malaysia Thomas Philip hari ini menyangkal dakwaan bahawa kumpulan Kristian menggunakan kerja-kerja kebajikan untuk mendorong orang ramai menganut agamanya.

Bercakap kepada Malaysiakini, Thomas (bawah) berkata orang Kristian bertanggungjawab menolong pihak yang memerlukan tanpa mengenakan sebarang syarat kepada penerima.

NONEMenurutnya, agama lain juga mengajar perkara yang sama.

Katanya, orang Kristian sudah "jemu" dan "bingung" dengan dakwaan berterusan sedangkan perbuatan baik harus "dihargai" bukan "dicurigai".

"Dakwaan sebegini sudah berjalan untuk beberapa waktu. Provokasi yang tidak diperlukan ini sungguh membingungkan.

"Perdana menteri harus ke depan untuk mencari puncanya kerana dakwaan sebegini berterusan muncul kembali, sedangkan ia isu sensitif yang menyebabkan orang ramai berpecah belah. Ia tidak baik untuk negara," katanya.

malaysiakini/-

1 ulasan:

yes berkata...

En Thomas Philip,Ucapan terima kaseh pada pertolongan anda, tetapi anda menghena kami orang Islam dg menadakan majlis makan malam di gereja dan di tambah lagi dg memandangkan ini adalah bulan Ramadan. Mungkin anda faham atau tidak apa ertinya Ramadan pada orang Islam, saya tidak menyalahkan anda. Orang Islam yg ada dlm jawatankuasa itulah yg sepatutnya di persalahkan.