07 Ogos 2011

PAS jumpa JAIS dan gereja.


07 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 7 Ogos: PAS akan mengadakan tertemuan dengan Jabatan Agam Islam Selangor (Jais) dan gereja untuk mendapat penjelasan berhubung pemeriksaan, baru-baru ini.

“Kita akan jumpa terus Jais dan gereja,” ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, sebentar tadi.

Justeru, katanya tidak timbul mengenai tindakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan Jais melakukan pemeriksaan terhadap Majlis Makan Muhibah di Gereja Methodist, Damansara Utama, baru-baru ini.

Katanya, PAS akan berhubung dengan pihak Jais dan gereja mengikut tarikh yang sesuai untuk mendapat gambaran dan penjelasan langsung mengenai pemeriksaan tersebut.

“Selepas jumpa, baru buat keputusan,” ujarnya.

PAS, jelasnya menyerahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk tindakan selanjutnya berhubung pemeriksaan Jais itu.

Harakahdaily/-

Ulasan :

Tahniah kepada kepimpinan PAS yang menghadapi isu berbangkit dengan hati-hati dan penuh berhemah.

1 ulasan:

yes berkata...

Tahniah PAS.
Harap Tan Sri Khalid juga tidak terburu buru membuat sesuatu keputusn.
Yang sedehnya awal awal lagi sebelum dapat penjelasan JAIS Tan Sri telah minta maaf dari pehak gereja. Ini seolah olah Jais bersalah.