11 Ogos 2011

Liwat II: Dua lagi saksi potensi ditemubual

11 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Dua saksi potensi bagi perbicaraan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemubual oleh peguam ketua pembangkang itu hari ini.

Mereka adalah pengawal peribadinya Mokhtar Mustafa dan pemandunya Abdullah Sani Said.

Mereka ditemubual selama hampir sejam oleh peguam Karpal Singh dan Sankara Nair.

Anwar turut hadir pada sesi temubual itu.

Menurut Karpal Singh, dua lagi saksi akan ditemubual esok. Mereka adalah pemilik kondominium di mana kejadian meliwat itu didakwa berlaku, iaitu Hasanuddin Abd Hamid dan Noor Sham Abdul Hamid.

“Tiada petunjuk bilakita boleh dapat temubual Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

“Mahkamah telah memberikan pihak pendakwaan tempoh seminggu untuk membekalkan saksi untuk ditemubual oleh pihak pembelaan sebelum perbicaraan membela Anwar bermula. Jadi kita tunggu dan lihat,” katanya.

malaysiakini/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SAKSI-SAKSI YANG DISENARAIKAN ANWAR... RAMAI YANG TIDAK TAHU...PERDANA MENTERI DIPANGGIL DISEBABKAN 3 HARI SEBELUM SAIFUL BUAT LAPORAN POLIS..SAIFUL BERJUMPA PM TERLEBIH DAHULU UNTUK MEMINTA NASIHAT KERANA DILIWAT DAN MENJELASKAN PERANGAI ANWAR...

MENGENAI BEKAS KETUA POLIS...SEBELUM LAPORAN POLIS KES LIWAT DIBUAT SAIFUL, SAIFUL ADA MENGHUBUNGI MELALUI TELEFON KEPADA TAN SRI MUSA HASSAN UNTUK MEMINTA NASIHAT KERANA DILIWAT...SEBAB ITU KENAPA SEMUA SAKSI NI DIPANGGIL...
RAMAI YANG TAK TAHU RUPANYA...INGATKAN SUKA2 KE ANWAR PANGGIL SAKSI TANPA SEBAB.....

*INFORM INI DIDAPATI MELALUI SKRIP PERBICARAAN KES LIWAT ANWAR YANG DIDAPATI MELALUI BLOG2 INTERNET...SAHIH ATAU TIDAK SILA RUJUK BLOG2 YANG BERKAITAN SKRIP PERBICARAAN ANWAR.
( SAYA TIDAK MENYOKONG MANA2 CUMA UNTUK INFORM SAHAJA,SIAPA BETUL ATAU TIDAK,BIARLAH MAHKAMAH YANG TENTUKAN KEBENARAN...FIKIR2KANLAH)