21 September 2011

Najib, Rosmah buat permohonan tolak sepina

23 Syawal 1432H. [MOD] -

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dijangka memfailkan permohonan untuk menolak sepina yang mewajibkan mereka untuk tampil sebagai saksi pada perbicaraan liwat yang membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung.

Menurut sumber yang memaklumkan Malaysiakini, pasangan itu akan memfailkan permohonan mereka pada hari ini.

Butiran mengenai permohonan itu setakat ini tidak jelas. Masa mereka akan memfailkan permohonan itu juga belum diketahui.

malaysiakini/-

1 ulasan:

pena marhaen berkata...

Inilah namanya baling batu sorok tangan....saya masih ingat lagi kata-kata Najib pada konvensyen Bn di Selangor baru-baru ini, beliau tidak gentar dengan DS Anwar...Sekarang sape yang gentar dan sape yang tidak?