13 Oktober 2011

Cukai rokok dan arak: Pandangan Zahrin disanggah

15 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PULAU PINANG, 13 Oktober: Dewan Pemuda PAS dan Angkatan Muda KeAdiLan Pulau Pinang tidak bersetuju dengan cadangan Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrin Mohamad yang mahu mempupolarkan semula membabitan syarikat 'rokok' dan 'arak' dalam urusan bola sepak negara.

Walhal 'rokok dan arak' kata mereka telah pun ditolak dalam arena bola sepak negara apabila Malaysia tidak lagi mengambil syarikat rokok 'Dunhill' untuk dijadikan penaja sukan sepertimana dulu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah membidas cadangan itu yang dianggap terkebelakang jika berfikiran bahawa hanya wang dari dua syarikat tersebut sahaja mampu meningkatkan prestasi serta sebagai punca dana oleh persatuan bola sepak negeri termasuk Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).

"Jelas sekali Umno tidak boleh memisahkan diri mereka dengan wang hasil penjualan rokok atau arak.

Kita tahu walaupun beliau ahli Parlimen bebas namun suara itu adalah suara Umno dan Barisan Nasional (BN), "ujarnya.

Sensitiviti umat Islam

Sementara itu, Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali pula menyifatkan Datuk Zahrin tidak ada hala tuju sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang boleh menghiris perasaan umat Islam.

Bola sepak katanya, bukan sahaja diminati oleh bukan Islam di Malaysia bahkan lebih ramai peminatnya terdiri daripada orang Islam maka kenyataan itu satu kenyataan biadap.

Sepatutnya beliau sebagai Pengerusi FAP harus mencari kaedah lain yang lebih efesyen bukan ortodok walaupun untuk menanggung kos pengurusan bola sepak.

"Beliau sendiri tidak boleh bertindak baik terhadap FAP yang juga tidak lekang dari menghadapi masalah kewangan.

Patut beliau lebih bijak bukan menjadikan hasil rokok dan arak sebagai harapan, " katanya.

Semalam, Zahrain mencadangkan supaya kutipan cukai dari arak dan rokok disalurkan untuk pembangunan sukan khususnya bola sepak.

Menurutnya, walaupun rokok telah diharamkan sebagai penaja utama dalam sukan, kutipan cukai oleh kerajaan boleh disalurkan semula untuk tujuan pembangunan bola sepak negara.

harakahdaily/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku sebagai pemain bola sepak dalam liga tempatan tidak bersetuju dengan cadangan daripada syaitan bernama zahrain...mohon Fam prihatin kerana rata2 pemain dan individu yang terbabit dalam bola sepak Malaysia adalah umat Islam..cadangan saya duit tajaan daripada syarikat arak,judi dan rokok dikumpul dan disumbat dalam mulut zahrain..kami ada isteri dan anak yg perlu diberi makan.aku tak rela anak bini aku makan duit haram..banyak syarikat2 lain untung berbilion ringgit seperti petronas,proton,produa,air asia dan lain2..cuma terletak pada kebijaksanaan Fam untuk berurusniaga dan berunding dengan syarikat2 tersebut..