24 Oktober 2011

Himpun: Najib bermuka-muka

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 24 Okt: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia membidas kenyataan ‘flip flop’ Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang memuji program Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) berjalan dengan aman dan teratur berbanding himpunan Bersih 2.0 yang lalu.

“Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan kenyataan tersebut cukup hina, berniat jahat dan menunjukkan sikap sebenar seorang Perdana Menteri yang pandai ‘bermuka-muka’ sedangkan Sekretariat Bersih 2.0 telah mengikut prosedur yang ditetapkan untuk menjayakan program tersebut dengan mematuhi saranan Yang di-Pertuan Agong,” kata pengarahnya, Mohd Sany Hamzan.

Tetapi , katanya amat malang sekali apabila pihak kerajaan dengan sewenang-wenangnya terus melabel Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram, menangkap penjual dan pemakai baju kuning Bersih 2.0,

menggunakan pihak polis untuk memburu dan menangkap pimpinan Bersih 2.0 dan pimpinan Pakatan Rakyat, menidakkan permit himpunan walupun diarahkan untuk memohon permit, menghalang untuk menggunakan stadium walaupun Perdana Menteri berjanji untuk menyediakan kemudahan stadium kepada himpunan Bersih 2.0.

Kata beliau, sememangnya program Himpun tidak mengganggu dan mengacau mimpi pemimpin Umno dan Barisan Nasional kerana agenda aqidah umat Islam tidak menjadi agenda utama perjuangan Umno dan tidak mampu untuk menggugat kuasa pemerintahan mereka.

Ini, ujarnya berbanding agenda Bersih 2.0 yang membabitkan perjalanan pilihanraya yang telus, bersih dan adil boleh menyebabkan Umno BN akan kehilangan kuasa pemerintahan mereka selama ini yang diperolehi dengan cara yang cukup kotor, penipuan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan sehingga ke tahap ‘menjual maruah negara’.

“Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan kenyataan Datuk Seri Najib hanyalah sebagai lakonan terbaru beliau apabila melihat kegagalan Bajet 2012 diterima oleh rakyat, penolakan sepina mahkamah untuk menjadi saksi utama kes liwat II Anwar Ibrahim, kes cincin Rosmah,

tekanan tehadap perbincangan Undang-undang Hudud Negeri Kelantan dan Terengganu, penghinaan terhadap institusi beraja dan pelbagai lagi isu yang menggugat kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri dan Presiden Barisan Nasional,” ujarnya.

HARAKAHDAILY/-

Tiada ulasan: