24 Oktober 2011

Monyet dan kucing tunggu janji Ali Rustam

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Monyet dan kucing di Merlimau sudah menunggu lebih 8 bulan untuk melihat taman mereka dibina di Merlimau. Ini kerana Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pernah berjanji pada kempen Pilihanraya Kecil Merlimau bahawa satu taman untuk mereka akan dibina di Jeti Merlimau.

Mohd Ali dalam kenyataannya pada 10 Februari lalu memberitahu bahawa kerajaan negeri bercadang mewujudkan taman rekreasi yang mengandungi habitat binatang ternakan berhampiran Jeti Muara Sungai Merlimau di pada masa depan.

Beliau berkata, rancangan tersebut termasuk dalam projek menaik taraf jeti berkenaan yang melibatkan perbelanjaan kira-kira RM5.6 juta.

Menurutnya, peruntukkan itu disediakan di bawah kerajaan Pusat selepas perlaksanaanya diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengadakan lawatan ke jeti tersebut tahun lalu.

”Jeti Muara Sungai Merlimau ini akan menjadi salah sebuah taman rekreasi di negeri ini malah di situ bukan sahaja ada jeti tetapi ada taman hidupan monyet dan kucing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan nelayan Jeti Muara Sungai Merlimau di Merlimau semasa berkempen untuk memancing undi pengundi Merlimau.

Saya yakin jika monyet dan kucing di Merlimau boleh berkata-kata dan menulis sudah tentu mereka akan membuat temujanji dan menghantar memorandum kepada Ketua Menteri untuk meminta pembinaannya disegerakan.

Nampaknya Ketua Menteri cuba memperdayakan bukan sahaja manusia malah binatang pun diperdayakan.

Saya menuntut beliau memohon maaf kepada kucing dan monyet.

HARAKAHDAILY/-

1 ulasan:

saudara seagama berkata...

kau kalau tak cari salah orang tak boleh ke?orang islam apa kau ni?
kau sebut allah depan orang ramai tapi dalam hati banyak syaitan,iri hati,cela,dengki dan lain-lain lagilah.sebelum kau rosakkan orang lain...fikir dan gunakan akal dulu.
taubat dan muhasabah dirilah saudaraku