26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM - Sebuah kilang perabot termasuk dua lori musnah teruk dalam kebakaran di Jalan Citizen, Kampung Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh, awal pagi semalam.
Difahamkan, kebakaran itu menyebabkan kerugian kira-kira RM1.2 juta
:Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Sunip Kadiran ketika dihubungi :mengesahkan kejadian tersebut.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 4.50 pagi.
Menurutnya, seramai 24 pegawai dan anggota bomba bersama tiga jentera dari Balai Bomba Shah Alam, Sungai Buloh dan Kota Anggerik dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat dan memadam kebakaran.
“Ketika tiba di kawasan kejadian, kilang termasuk dua buah lori muatan satu tan diletakkan berdekatan premis, hangus terbakar dan kita dapat padam serta kawal api sepenuhnya kira-kira jam 5.53 pagi.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana ketika kejadian semua operasi kilang sudah dihentikan,” katanya.
Sunip berkata, pihaknya bagaimanapun masih belum dapat menentukan punca serta anggaran kerugian sebenar akibat kejadian tersebut.
“Kita menjalankan siasatan secara menyeluruh untuk mengenalpasti semua faktor menyebabkan kejadian berlaku,” katanya.
sinar harian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan